Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebook miliknya pada 8 Ogos 2023.
Saya telah merasmikan Program Sentuhan Agro Madani peringkat Negeri Perak di Parit Buntar pagi tadi (8 Ogos 2023).
Dalam program ini, saya telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk menambah baik Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dengan meningkatkan kadar subsidi dari RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan berkuat kuasa esok (9 Ogos 2023).
Dalam majlis sama, saya turut menyampaikan bantuan berjumlah RM21.8 juta yang memanfaatkan 28,295 orang pesawah dan peladang di negeri Perak.
Bantuan-bantuan yang disampaikan adalah di bawah Program Pemerkasaan Usahawan Peladang (Rise-UP), Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana Secara Geran Padanan, Program Agriprentice, Dana Tabung Hijrah Agrobank, Bantuan Khas Sumbangan Tunai Pesawah dan Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah.
Kerajaan Perpaduan akan terus membela nasib pesawah di seluruh negara melalui penyaluran pelbagai bantuan.
Pada tahun 2023, Kerajaan Perpaduan telah mengumumkan pemberian subsidi dan insentif berjumlah RM1.6 bilion. Sejumlah RM60 juta turut diagihkan kepada pesawah melalui bantuan khas sumbangan Bernas. Di samping itu, Bernas turut bersetuju mengagihkan 30% daripada keuntungan bersih import beras kepada pesawah.
Kerajaan turut menyalurkan bantuan tunai kepada pesawah sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 3 bulan atau semusim dan tambahan RM200 bagi Bantuan Khas Aidilfitri.
Tags:
#Anwar Ibrahim
#pertanian
#petani
#Perdana Menteri
#motivasi
#pendapatan
#padi
#pesawah
#dinaikkan
#pengeluaran padi
#subsidi
#ditambah baik
#Padiberas Nasional Berhad (Bernas)
#industri pertanian
#Malaysia Madani
#Madani
#Program Sentuhan Agro Madani
#Skim Subsidi Harga Padi (SSHP)
#tanaman padi
#Program Pemerkasaan Usahawan Peladang (Rise-UP)
#kadar subsidi