Bisnes & Ekonomi 08 Jan, 2023

Kerugian lebih RM88j! 3,697 petani, penternak, nelayan Terengganu terkesan! Akibat banjir monsun MTL!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Sekumpulan petani menunjukan padi yang rosak akibat ditenggelami air banjir


BANJIR yang melanda Negeri Terengganu  menyebabkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan di negeri itu mengalami kerugian lebih RM88 juta akibat bencana yang melanda pada pertengahan Disember 2022. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata jumlah tersebut membabitkan semua daerah dalam negeri ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sektor pertanian

Dr Azman Ibrahim


Pengusaha ternakan ikan dalam sangkar juga turut mengalami kerugian akibat banjir


Katanya, kejadian tersebut menyebabkan seramai 3,697 petani, penternak dan nelayan terkesan kerana sektor berkenaan mengalami kerosakan teruk.

“Setakat rekod diterima dalam sektor pertanian adalah mengalami kerugian sekitar RM39.2 juta yang melibatkan seramai 2,555 orang warga tani.

“Manakala bagi sektor penternakan pula jumlah kerugian adalah sebanyak RM3.4 juta dengan seramai 781 penternak,” katanya. 

Dr Azman juga berkata, sektor perikanan pula mengalami kerugian melebihi RM6 juta yang melibatkan seramai 361 orang penternak akuakultur dan juga nelayan. 


Dr Azman menyampaikan sijil penghargaan kepada kakitangan agensi pertanian Negeri Terengganu 


Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat Sektor Pertanian Negeri Terengganu Tahun 2023 bertempat Dewan Permata, Permai Hotel,Kuala Terengganu,pada 4 Januari 2023.

Beliau berkata, jumlah kerugian sehingga kini melebihi RM88 juta dengan seramai 3,697 orang warga tani, penternak dan nelayan yang terlibat dalam sektor pertanian dan terkesan dengan banjir terbabit.

Kejadian itu juga menyebabkan sektor pertanian dan perikanan di negeri ini mengalami kerugian kira-kira RM49.6 juta akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL), yang berlaku pada pertengahan bulan Disember 2022,” katanya. - KitaReporters


Kakitangan agensi pertanian Terengganu yang hadir pada majlis Amanat Sektor Pertanian Negeri Terengganu 2023.

11
14
1
16
0
You will be interested