SEBUT sahaja Sambal Nyet pasti semua mengenali siapa pengasas sambal pedas yang sedap dan diminati masyarakat di negara ini tidak kira dari yang muda sampai yang berusia.
Keenakan sambal buatan lelaki kelahiran Kota Bharu itu yang memenuhi citarasa masyarakat di negara ini tidak perlu dipertikaikan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Khairulaming
Tidak peliklah pada Januari 2021, pemuda itu berjaya menjual produk jenamanya dan mencatat jualan 10,000 botol dalam tempoh 54 minit. Kini selepas setahun setengah jualan sambal menjadi fenomena dalam masyarakat di negara kita .
Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman membuat hebahan menambahkan pengeluaran produk buatannya dengan membuka sebuah lagi kilang di negeri kelahirannya (Kelantan).
Lebih membanggakan kongsinya, penjualan Sambal Nyet juga mencecah 1 juta botol dan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jualan adalah RM14 juta.
Sambutan yang menggalakkan sehingga membuatkan pasukannya tidak menang tangan membuatkan dia menambahkan operasi perniagaan dengan membuka kilang kedua yang akan beroperasi dalam masa terdekat.
Kongsinya kilang baharu seluas 22,000 kaki persegi di Kota bahru itu dijangkakan mampu menampung pengeluaran produk yang dikeluarkan.
“Untuk berkembang maju, pihak kami akan tambah kilang yang seluas 22,000 kaki persegi di Kota Bharu dan kilang ini akan menampung production tambahan untuk Sambal Nyet. Ia juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti,” jelasnya dalam ciapan di Twitter, 2 Ogos 2022.
Kongsinya lagi dengan pembukaan kilang kedua dia mampu menyediakan 5,000 botol sehari berbanding sebelum ini hanya 200 botol sehari.
Malah bukan itu sahaja katanya, kakitangan yang menguruskan penyediaan sambal Nyet juga berkembang kepada 50 orang buat masa ini berbanding sebelum ini hanya lapan orang sahaja.
Inilah berkat usaha yang kuat akhirnya jejaka kacak ini berjaya mencapai impian dengan cara sendiri.
Menurut Khairulaming pembukaan kilang di Kelantan adalah keputusan yang benar dan ianya bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan baharu di sana berikutan peluang pekerjaan di negeri Kelantan agak terhad.
Malah, dia juga berhasrat untuk membangunkan negeri kelahirannya dan menggalakkan lebi ramai berbuat perkara yang sama di negeri masing-masing.
Tahniah Khairulaming daripada kami, team KitaReporters, semoga kejayaan dicapai mampu memberikan peluang berharga kepada mereka yang memerlukan.
Orang Kelate hebat sokmo! - KitaReporters