Bisnes & Ekonomi 16 Jun, 2025

Inisiatif data telefon mudah alih diiktiraf PBB! Tiada pemantauan, pengintipan! Tak ganggu privasi!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Inisiatif data telefon mudah alih (MPD) diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sumber data raya (big data) utama bagi memperkukuh statistik dan alat berkuasa meningkatkan kualiti, ketepatan masa serta perincian maklumat.

Timbalan Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),  Zurkarnain Mohd Yasin menjelaskan, PBB telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas MPD di bawah Jawatankuasa Pakar Data Raya dan Sains Data, yang melibatkan lebih 50 ahli termasuk Malaysia daripada agensi antarabangsa, kerajaan, akademia dan sektor swasta.

“Inisiatif global ini menyerlahkan keperluan mendesak melangkaui kaedah statistik tradisional dan menerima pakai penyelesaian data yang inovatif bagi memahami serta menangani cabaran masyarakat dengan lebih berkesan. 

"Selain Malaysia, Pasukan Petugas Khas MPD PBB turut dianggotai antaranya Jepun, Brazil, Itali, Mexico, Arab Saudi dan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan kepada portal FMT.


Zurkarnain Mohd Yasin


 Zulkarnain menegaskan demikian sebagai menjawab dakwaan Presiden MCA Wee Ka Siong bahawa tindakan kerajaan mengarahkan semua syarikat telekomunikasi menyerahkan data penuh pengguna telefon, antara lain mengganggu privasi serta membuka ruang salah guna maklumat.

Beliau sekali menjelaskan inisiatif MPD bukan untuk memantau atau pengawasan individu seperti didakwa oleh segelintir pihak.

Katanya, inisiatif itu hanyalah berasaskan data raya (big data) digunakan secara agregat untuk menghasilkan pandangan makro bagi membantu perancangan pembangunan negara.

Menurutnya lagi, projek itu masih pada peringkat awal dan Jabatan Perangkaan (DOSM) akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan untuk penerangan lanjut selepas ini.

Menurut Zulkarnain lagi, ada juga segelintir pihak cuba menggambarkan kerajaan sedang melakukan ‘pengintipan besar-besaran’ ke atas rakyat menerusi MPD.

Katanya, tuduhan tidak berasas dan tanpa usul periksa berhubung MPD itu boleh mengelirukan orang ramai selain berpotensi menjejaskan usaha negara membangunkan sumber data rasmi yang lebih tepat dan boleh dipercayai.

“Data rasmi lebih tepat membolehkan pengukuhan perancangan dasar awam dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan,” kata beliau lagi.



Beliau turut menafikan data dikumpulkan mengandungi maklumat peribadi pengguna sebaliknya dalam bentuk agregat dan telah dinyah identiti sepenuhnya.

“Ia tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi atau yang boleh mengenal pasti individu,” katanya sambil menjelaskan tiada mekanisme pilihan masuk atau keluar terlibat kerana data digunakan sebahagian daripada operasi asas rangkaian mudah alih.

Zulkarnain berkata, pada peringkat awal data dijana secara automatik apabila peranti mudah alih berinteraksi dengan menara pemancar itu diproses serta dinyah identiti di syarikat telekomunikasi.

“Hanya selepas itu, data agregat telah dinyah identiti dikemukakan kepada DOSM dan SKMM. Tiada sebarang pemindahan data mentah atau maklumat pengguna dilakukan di luar premis MNO,” katanya. - KitaReporters/Kenyataan Media/FMT

14
10
0
11
0
You will be interested