MAPIM menyeru pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi keringanan dan kemudahan kepada peniaga kecil bumiputera untuk berniaga di tengah-tengah kota dengan selesa.
MAPIM kesal ada pihak yang tidak melihat secara positif usaha yang dilaksanakan akibat prejudis kepada usaha kerajaan memberi ruang dan peluang kepada para pengusaha kecil bumiputera untuk mencari rezeki dengan teratur dan selesa.
Nasib peniaga kecil perlu dibela agar keseimbangan sosioekonomi dalam pembangunan bandar raya KL dapat dicapai.
MAPIM prihatin ribuan peniaga kecil sukar mencari tapak perniagaan untuk membolehkan mereka berniaga dengan selesa di KL.
Medan Perkasa Rakyat (MPR) yang dicadangkan oleh MAPIM di kawasan Tasik Titiwangsa KL adalah tapak yang memberi peluang kepada peniaga kecil bumiputera.
Ia direncanakan supaya perkembangan peniaga kecil di KL boleh kukuhkan usaha mereka dengan baik dan sempurna.
Ini adalah selaras dengan visi dan dasar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya DBKL mengutamakan kemudahan peniaga kecil melaksanakan perniagaan dengan selesa dan teratur.
MAPIM mengusulkan Medan Perkasa Rakyat menjadi model di mana peniaga kecil dapat melaksana usaha mereka di tengah-tengah kota yang dikelilingi gedung pencakar langit.
Kami amat mengharapkan pihak DBKL dapat memberi fasiliti yang sempurna agar usaha kecil ini boleh berkembang untuk membangunkan kemakmuran ekonomi rakyat B40 di kawasan kota metropolitan seperti Kuala Lumpur.
MPR merupakan gabungan usaha antara NGO dan swasta bagi menyediakan tapak bersifat multifungsi iaitu perniagaan, pendidikan dan kebajikan.
MAPIM sangat berharap Perdana Menteri dapat melihat usaha ini sebagai model Malaysia Madani yang diidamkan kerajaan sekarang.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)