Bisnes & Ekonomi 02 Dec, 2023

Tahniah TDM Berhad! Terima pengiktirafan! Anugerah Kecemerlangan dan Kelestarian Korport Asia (ACES)!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Pejabat TDM di Kuala Terengganu


ANUGERAH Kecemerlangan dan Kelestarian Korport Asia (ACES) 2023 mengiktiraf dedikasi cemerlang anak syarikat kerajaan negeri Terengganu,TDM Berhad terhadap amalan pengoperasian perniagaan yang berfokus kepada kelestarian alam sekitar secara menyeluruh.

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, pengiktirafan tersebut merupakan bukti komitmen TDM dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs) dalam pelaksanaan pembangunan serta kelestarian yang juga menjadi sebahagian usaha menyokong serta menyumbang kepada inisiatif Alam Sekit, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat.



"Anugerah ini adalah sebuah kejayaan yang begitu bermakna kerana kami sangat memandang serius soal kelestarian syarikat dalam usaha ke arah masa depan yang lebih lestari dan berdaya tahan,” katanya.

"Usaha dan komitmen terhadap kemampanan ini merupakan usaha sama ramai pihak yang diketuai Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Kelestarian (SCom) dan Kumpulan Kerja Kelestarian (SWG) bagi memastikan aspek kelestarian sentiasa dititikberatkan serta dapat disepadukan ke dalam pertumbuhan jangka panjang syarikat," katanya lagi dalam satu kenyataan.

Pada majlis yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur  pada Jumaat 24 November 2023, TDM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare), Dr. Rayney Azmi Ali; dan Ketua Pemantauan Prestasi Pelaburan TDM; Hasnol Zariman Mohd Hashim.


Wakil Pengurusan TDM bersama hadiah yang dimenanginya


Sebagai rekod, antara pencapaian TDM yang membanggakan pada tahun 2023, sekali gus menyumbang kepada kejayaan memperoleh pengiktirafan ACES 2023 adalah melalui pelancaran serta perasmian dua loji biogas yang inovatif di Sungai Tong dan Kemaman, Terengganu.

Selain itu, komitmen TDM juga dapat dilihat melalui inisiatif peralihan lampu kalimantang kepada lampu LED (diod pemancar cahaya) cekap tenaga di pejabat-pejabat korporat sehingga berjaya mencapai pengurangan 16.6% dalam pelepasan gas rumah hijau bersih pada tahun 2022. 

“Pihak syarikat sentiasa berusaha mencari inisiatif untuk mendokong UNSDGs dan ESG dengan memberi impak positif ke arah kesejahteraan dan kelestarian alam. 

"Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan kepimpinan Kumpulan TDM, warga kerja TDM serta pihak-pihak berkepentingan yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan ini” kata Najman lagi. - KitaReporters


 Sebahagian tetamu yang hadir pada majlis anugerah ACES di Kuala Lumpur

11
13
1
14
0
You will be interested