Bisnes & Ekonomi 23 Jan, 2023

Tahniah Yayasan Pahang! Menang 6 Anugerah Integriti, Tadbir Urus dan Anti Rasuah Negara (AIGA) 2022!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this


Organisasi berslogankan 'memartabatkan masyarakat' dan berteraskan pendidikan, Yayasan Pahang (YP) berjaya menggondol pelbagai anugerah sama ada pada peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Terbaru, YP menerima enam anugerah di Majlis AIGA 2022 peringkat kebangsaan anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM). 

Terbaharu, permulaan 2023 yang cemerlang buat seluruh warga Yayasan Pahang (YP) apabila anak syarikatnya menerima pengiktirafan pada majlis Anugerah Integriti, Tadbir Urus dan Anti Rasuah Negara (AIGA 2022) yang

berkaitan tadbir urus dan rasuah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Yayasan Pahang

Ketua Pegawai Eksekutif YP yang juga Pengarah Urusan YPPH, Datuk Indera Mahmud Mohd Nawawi menunjukkan plaq Anugerah Emas yang diperoleh YPPH di Majlis Anugerah Integriti, Tadbir Urus dan Anti Rasuah Negara (AIGA 2022).

YP menerusi anak-anak syarikatnya berjaya merangkul enam anugerah pada majlis AIGA 2022 peringkat kebangsaan selepas berjaya menunjukkan contoh tadbir urus organisasi yang telus, diurus dengan baik dan bebas rasuah.

YP Plantations Holdings Sdn Bhd (YPPH) mendahului senarai apabila menerima Anugerah Emas diikuti Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) menerima Anugerah Perak, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) memperoleh Anugerah Gangsa, manakala YP Mining Sdn Bhd dan YP Land Sdn Bhd masing-masing menerima sijil penyertaan.

Pengarah Urusan YPPH yang juga Ketua Pegawai Eksekutif YP Datuk Indera Mahmud Mohd Nawawi berkata, beliau berbesar hati menerima anugerah itu kerana ia memberikan pengiktirafan antarabangsa kepada YP atas tadbir urus dan nilainya dalam menyampaikan perkhidmatan mereka.

Mahmud berkata, dengan penganugerahan itu, YP bertuah kerana menerima pengesahan yang bertaraf antarabangsa.

"Kami sangat gembira menerima bukan satu tetapi enam anugerah di AIGA 2022. Ini adalah langkah ke arah yang betul untuk YP dan anak-anak syarikatnya kerana kami kini tahu di mana standard kami dan akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik tahun ini ," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah itu di Kuala Lumpur pada 18 Januari 2023 lalu.


Pengarah Urusan YPPH, Datuk Indera Mahmud Mohd Nawawi bersama Naib Canselor UCYP,  Profesor Datuk Dr Ahmad Zainudin (kanan) dan Pengurus Besar KYPAS, Norliza Abd Mubin bersama plaq anugerah yang dimenangi.


Majlis anugerah julung kali anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menunjukkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus dan anti rasuah dalam organisasi. 

Hadir sama dalam majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Sebanyak 142 organisasi  daripada agensi kerajaan, syarikat multinasional (MNC), syarikat awam berhad (PLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyertai pertandingan ini. 

Mahmud berkata, semua anak syarikat YP yang menerima anugerah itu telahpun memperolehi  Persijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) ISO 37001:2016 oleh SIRIM QMS International Sdn. Bhd.

Katanya, sistem itu digunakan sebagai garis panduan kepada organisasi dalam mencegah, mengesan dan mengambil tindakan terhadap aktiviti rasuah dengan membangunkan dan menggunakan dasar pencegahan rasuah, prosedur yang mencukupi dan mematuhi undang-undang pencegahan rasuah.

"Kami berharap dapat melakukan yang terbaik dalam memastikan pengurusan dan kakitangan YP menjunjung semangat integriti dan ketelusan dalam memastikan tadbir urus yang baik dalam organisasi.

"Semua kerja keras dan kesungguhan kami sudah membuahkan hasil. Bukan mudah untuk disenarai pendek dan terpilih untuk anugerah ini.  

"Jika diteliti, proses kemasukan untuk anugerah ini memerlukan syarikat memenuhi senarai syarat termasuk pensijilan ISO," katanya. 



Menurut Mahmud, Pengerusi YP yang juga Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata YP tidak boleh statik.

"Justeru, kita mesti sentiasa progresif dan dinamik jika mahu melakukan yang lebih baik. Tahun ini, kami memenangi enam anugerah, satu dalam kategori emas, dua dalam kategori perak dan gangsa jadi sasaran kami seterusnya ialah anugerah platinum," katanya.

Sebagai latar belakang, Penganjuran AIGA secara rintis bermula pada 2020 dengan kerjasama IIM dan YP yang sebelum itu hanya diadakan pada peringkat negeri Pahang saja membabitkan 41 organisasi kerajaan dan swasta.

Susulan kejayaan projek rintis AIGA, Ketua Setiausaha Negara yang juga Pengerusi IIM ketika itu, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengusulkan supaya AIGA dikembangkan penganjurannya ke peringkat kebangsaan.

Tahniah kepada semua kakitangan YP atas komitmen dan sumbangan mereka dalam membawa yayasan ke tahap yang lebih tinggi melalui amalan tadbir urus yang baik dan integriti dalam organisasi masing-masing di bawah kumpulan YP. - KitaReporters


10
15
1
10
0
You will be interested