Bisnes & Ekonomi 27 Jun, 2023

Berita baik! Kerjasama strategik Kopetro Trading bersama CarSome! Untuk capai pelanggan lebih meluas!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) melalui anak syarikatnya, Kopetro Trading Sdn. Bhd. memeterai kerjasama strategik bersama CarSome Sdn. Bhd. (CarSome), platform e-dagang automotif terbesar di Asia Tenggara, dalam majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Hotel The Everly, di Putrajaya pada 24 Jun 2023.

Majlis ini merupakan permulaan kerjasama strategik antara kedua-dua entiti dalam usaha memperkukuh industri automotif di Malaysia. 

Kerjasama yang merangkumi pelbagai aspek ini akan menghasilkan peningkatan jenama, capaian pelanggan yang lebih meluas, dan potensi kerjasama yang berterusan antara Kopetro dan CarSome.



CarSome merupakan platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara, dan beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. 

CarSome ditubuhkan dengan matlamat utamanya untuk untuk mendigitalisasikan industri kereta terpakai di rantau ini dengan memberi pengalaman yang terbaik dalam proses jual dan beli kereta.

Melalui anak syarikatnya seperti iCar Asia, WapCar, dan CarTimes, CarSome menyediakan penyelesaian terus kepada pengguna dan peniaga kereta terpakai dari permulaan hingga tamat, termasuk pemeriksaan kereta, pemindahan pemilikan, pembiayaan, dan perkhidmatan lain yang berkaitan. 



“Kerjasama bersama CarSome ini memberikan anggota Kopetro akses mudah kepada rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan CarSome, serta sokongan selepas jualan yang efektif bagi memastikan pengalaman luar biasa buat mereka,” kata Pengerusi Kopetro, Roslan Abdul Rahim.

Roslan menambah, pemilihan untuk berkolaborasi bersama CarSome ini juga berhubung kait dengan pelancaran produk pembiayaan terbaharu Kopetro, Kenderaan-i, yang menawarkan penyelesaian pembiayaan kenderaan yang lebih mudah dan fleksibel, sejajar dengan aspirasi Kopetro untuk menawarkan produk-produk berinovatif kepada anggota koperasi. 

Kehadiran CarSome telah melengkapkan ekosistem produk pembiayaan tersebut di mana anggota koperasi kini boleh memilih untuk membeli kenderaan daripada syarikat automotif tersebut melalui Kenderaan-i yang menawarkan pembiayaan sehingga RM150,000.

Upacara penyerahan MoU tersebut menyaksikan Wan Ahmad Tarmizi Wan Abd Rahman, selaku Pengerusi Kopetro Trading Sdn. Bhd., bertukar dokumen MoU dengan Pengurus Besar Negara CarSome Certified, Alan Cheah.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak-anak syarikatnya, diiktiraf sebagai 10 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
13
0
9
0
You will be interested