Bisnes & Ekonomi 05 Oct, 2025

10 syarikat gergasi nilai lebih RM1b! 100 syarikat juara serantau nilai RM4.2b! Sasaran NSS! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 10 syarikat gergasi bernilai lebih RM1 bilion serta 100 syarikat juara serantau bernilai sekitar AS$1 bilion (RM4.2 bilion).



Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sasaran tersebut ditetapkan semasa membincangkan hala tuju Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

"Pagi tadi (3 Oktober 2025), Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) keempat tahun ini (2025) telah membicarakan hala tuju Strategi Semikonduktor Nasional (NSS). 

"Kita menyasarkan untuk mlahirnya 10 syarikat gergasi bernilai lebih RM1 bilion serta 100 syarikat juara serantau bernilai sekitar AS$1 bilion. 

"Matlamat ini digerakkan seiring penciptaan pekerjaan berpendapatan tinggi dan peluang baharu untuk PKS tempatan agar manfaatnya dirasai seluruh rakyat," ujar beliau.

Katanya, skop NSS akan diperluas dengan projek Kluster Peralatan Teknologi Termaju bernilai tinggi yang memacu kerumitan ekonomi melangkaui semikonduktor.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut turut meneliti perkembangan Kerian Integrated Green Industrial Park (Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian atau KIGIP) di utara Perak, projek strategik yang bakal memacu industri hijau negara dan pembangunan seimbang di wilayah utara.

Tambahnya, perhatian khusus turut diberikan kepada pembangunan infrastruktur dan kesalinghubungan lebuh raya utama bagi menjamin akses, keselamatan serta kelangsungan komuniti setempat yang akan menjadi sebahagian daripada ekosistem pertumbuhan ini.



"Kerajaan akan terus menyesuaikan dasar dan inisiatif seperti NSS dengan keperluan industri, agar Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan utama dunia.

"Ini bukan sahaja kerana daya saingnya tetapi kerana ekosistemnya yang canggih, hijau dan mampan," jelas Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media

9
9
0
12
0
You will be interested