Bisnes & Ekonomi 24 Nov, 2023

Perluasan liputan perlindungan sosial! Termasuk untuk rakyat bekerja yang capai umur 18 tahun! - PM

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: [email protected]

Share this


"Hari ini (Rabu, 22 November 2023) saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-6, yang antara lain platform diskusi terkait pengukuhan sistem perlindungan sosial secara umum mahu pun bersasar kepada rakyat. 

"Mesyuarat telah membincangkan supaya cadangan perluasan liputan perlindungan sosial secara berfasa ke atas populasi umur bekerja rakyat Malaysia yang mencapai umur 18 tahun.

"Ini bagi jaminan pendapatan hari tua (old age income security) bermula 2024 diperhalusi dan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) membawa cadangan ini untuk kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM).

"Sementelahan, perlindungan sosial yang mampan mampu memastikan setiap rakyat kekal menikmati taraf hidup yang wajar ketika mereka berdepan dengan sebarang risiko di sepanjang kehidupan." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 22 November 2023)


12
13
0
12
0
You will be interested