.
Watch on TikTok

SELEPAS kisah baju merah yang dipakai oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karonline Leavitt, 27, menjadi momokan dunia kerana masa dia pakai gaun berharga AS$80 (RM130) yang dibuat di China itu, ketika itu juga dia sedang "mencemuh" negara China yang "marah" apabila Amerika Syarikat mengenakan tarif tinggi ke atas negara gergasi Asia itu.
Selepas wartawan China membongkar harga pakaiannya dan di mana dibuat, maka bermulalah tindak balas China yang membongkar satu persatu barangan kesukaan " wanita yang bercita rasa mewah sebenarnya hampir 80 peratus dihasilkan oleh rakyat dari Tanah Besar China itu. Dan kos buatan asalnya, bertaraf harga "pasar malam" saja.
Ini sekali gus membuka aib bagi wanita yang selama ini ingat mereka membeli barangan jenama itu dibuat di butik-butik terkenal di Perancis, Itali dan London.

Lebih 80 peratus beg mewah di dunia dibuat di China.
Untunglah juga, disebabkan isu tarif itu akhirnya terjawab semua andaian sesetengah orang yang selama ini bahawa harga barangan yang tidak masuk akal itu sengaja disembunyikan di sebalik logo saja.
Hikmah di sebalik "perang " cukai atau tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas produk import China rupa-rupanya membongkar rahsia negara Eropah yang selama ini menyanjungi wanita yang suka dengan kolekasi barangan super mewah, yang sebenarnya sudah berpuluh-puluh tahun pelanggan mereka kena tipu (scam).
Apabila beg tangan, kasut sehingga pakaian selama ini sebenarnya mahal itu sebab harga "logo" saja. Nasib tak baik, cetakan logo itu pula dibuat di China walaupun mungkin guna ketulan emas yang asli.

China bertindak balas dengan sikap "ego" Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menaikkan tarif sehingga lebih 100 peratus ke atas barangan yang diimport dari China itu dengan seolah-olah "membenarkan" semua pembuat barangan mewah terutama beg berjenama buatan Perancis, Itali atau AS untuk dijual murah secara terus saja.
Tindakan itu membuatkan nama baik butik mewah jatuh merundum dan dan dicap sebagai penipu kerana memberitahu produk itu buatan Eropah.
Ramai wanita yang melanggan produk dari butik terkenal ini dari tanah Arab, artis dan wanita biasa yang ada juga di negara ini yang sanggup berhempas pula mencari duit untuk memiliki beg jenama terkenal itu.
Bayangkan satu beg itu pada asalnya dibuat di kilang "belakang rumah" dengan nilai AS$80 (RM353) hingga AS$1,400 (RM6,179) dijual di antara AS$30,000 (RM132,00) sehingga AS$200,00 (RM880,000).
Bayangkan untung dan wanita yang memiliki beg itu pula terasa tingginya darjat mereka membawa keliling dunia dan secara tak langsung menjadi duta percuma menjaja logo berkenaan.


Opah tidak boleh bayangkan, mesti wanita yang selalu muncul dengan TikTok yang menayangkan satu bilik beg berjenama mewah mesti berasa malukan.
Selepas mengetahui ratusan ribu yang mereka belanja selama ini hanya untuk sebuah beg yang diperbuat di China dan dijual dengan harga tidak masuk akal.
Malah yang selama ini anggap mereka beruntung kerana terpaksa beratur lama serta menunggu dua tiga bulan untuk mendapatkan koleksi pilihan itu, mesti marah yang amat kerana diperbodoh begitu saja.
Masa Opah zaman muda dulu, ketika membuat liputan jenama gincu dan mekap terkenal yang sangat laris di negara ini, sebenarnya kata pengurus besarnya, produk berkenaan dibuat di Filipina dan apabila dijual murah di sini, ada mak-mak datin "marah" dan meminta menaikkan harga lebih mahal.
Satu gincu yang dijual oleh syarikat itu bermula harga RM9.90 sebatang. Bayangkan hasil pemasaran berkesan mereka melahirkan ramai wanita berjaya berniaga secara Multilevel Marketing (MLM).
Sebelum ini secara tidak rasminya, ramai yang sudah agak sebahagian besar barangan mewah itu dibuat di China, Taiwan, Thailand, Pakistan, India, Hong Kong atau Filipina kerana kos tenaga buruh.
Bagaimanapun produk itu dihasilkan dengan kawalan kualiti tinggi dan diimport ke negara asal yang menempah sebelum diletakkan logo dan dijual balik dengan harga mahal berdasarkan harga "ikut suka" butik terbabit.


Serupa tapi tak sama. Bezanya ialah dengan ada logo dan tiada logo. Yang lain sama sahaja.
Wanita yang selama ini menggelarkan mereka bercita rasa mewah dan mengutamakan prestij rupa-rupanya "ditipu" untuk membayar harga sebuah "logo" dengan kos ratusan ribu ringgit yang hanya dihasilkan oleh kilang "belakang rumah" di tanah besar China atau Buatan China yang kemudian dieksport ke Eropah dan AS.
Opah yang selama ini sering menggelarkan wanita yang suka jenama mewah ini sebagai pembawa iklan jenama itu secara percuma , menggesahkan bahawa kita selama ini asyik kena "tipu" dengan impian dipandang mewah.
Wanita hebat mesti bergaya dengan pakaian mahal dan kasut di kaki berharga ribuan ringgit. Rupa-rupanya yang adooos! Kena tipu!!
Produk itu sebenarnya murah saja cuma dihasilkan dalam kualiti sikit untuk mengekalkan harga yang melambung.
Pada hal, ada barangan itu dihasilkan lebihan daripada tempahan tetapi tiada logo kualiti yang mutunya lebih kurang sama atau sama sahaja. Ia digelar produk gred A atau barang hampir sama tapi dicop tiruan! - KitaReporters

Beg setaraf jenama Kelly yang popular.