Bisnes & Ekonomi 22 Oct, 2024

Opah Ngomel| Nikmati alam Hikayat 1001 Malam di puncak bukit! Rasainya di Wyndham Ion Majestic Hotel!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


MASIH ingat tak ketika waktu remaja tahun 80-an ada drama bersiri di televisyen mengenai hasrat mengapai impian dengan pergi ke Fantasy Island (Pulau Impian) sambil bercuti dan melakukan niat cabaran yang disematkan dalam senarai kepada pihak pengurusan yang kemudian menciptakan momen itu menjadi kenyataan.

"The plane! The plane!", itu kata-kata aluan oleh pelakon mendiang Herve Villechaize @ Tattoo kepada mendiang Ricaldo Montalban @ Mr Roake dalam siri ABC drama televisyen Amerika, Fantasy Island  (1977-1984).



Jika idea itu boleh menjadikan siri drama itu popular maka idea daripada Hikayat 1001 malam pula menjadi daya penarik kepada Wyndham Ion Majestic Hotel @ Genting Highlands untuk "menjual" keindahan alam semula jadi dan cuaca sejuk puncak gunung setinggi 6,000 kaki dari paras laut sebagai tarikan kepada pengunjung dari seluruh dunia.

Karya "Seribu Satu Malam" terdiri daripada koleksi hikayat yang dipercayai berasal Parsi, Arab dan India. 

Cerita-cerita teras mungkin berasal dari India dan disusun dalam sebuah karya Parsi yang bertajuk Hazar Afsanah ("Seribu Legenda"). 

Susunan Arab Alf Layla ("Seribu Malam") yang wujud pada kira-kira tahun 850, mungkin merupakan terjemahan singkat untuk Hazar Afsanah. Sebilangan unsur-unsur ada dalam sajak Odyssey yang dikatakan ditulis oleh Homer, seorang pemuisi Yunani.

Hikayat Seribu Satu Malam (bahasa Arab: كتاب ألف ليلة وليلة Kitāb 'Alf Laylaṯ wa-Laylaṯ, bahasa Parsi: هزار و یک شب Hazâr-o Yak Šab) ialah sebuah karya kesusasteraan Timur Tengah Zaman Pertengahan yang mengandungi hikayat yang diceritakan oleh Scheherazad (bahasa Parsi: Shahrastini) kepada suaminya. Suaminya pun tidak jadi hendak menghukum bunuhnya dan biar dia hidup untuk satu lagi hari.

Dalam kesusteraan Melayu pula, hikayat ini diterjemahkan atau disadur dari salah satu naskah Arab pada abad ke-14 Masihi, juga dikenali sebagai Hikayat Alfu lailah wa-iailah yang dikelaskan cerita-cerita berbingkai.


Wyndham Ion Majestic Hotel @ Genting Highlands 



Bercakap dengan Pengurus Besar Wyndham Ion Majestic Hotel Genting Highlands itu, David Lean, Opah tahu itu bukan setakat angan-angannya. Ia adalah "modal" niaga bukan sebarang niaga kerana semua yang ditawarkan oleh hotel itu  akan membuatkan anda berada di awangan dan mengasyikkan. 

Bagi anda yang sedikit gayat, berdiri di tepi koridor bilik, diri bagaikan "hilang" dan "berjalan" dalam kabus putih melepak, menghirup udara segar gunung yang dingin, bukan bersalji dan suasana hening serta tenang. 

Ini bukan satu yang selalu kita dapat mencabar diri berada setinggi langit itu "luar biasa".


Beradu di puncak gunung


Tema Fairy Tales


David berkata, Pakej Hikayat "1001 Nights - The Highest Thematic Hotel

' memberi anda keterujaan berganda-ganda daripada pengalaman "berjalan" di celah kabus putih melepak bak kapas sehingga tawaran makan buah durian dari Raub (dalam kawasan terbuka khas) yang selama ini majoriti hotel tidak membenarkan raja buah itu disajikan.

"Pakej 1001 malam ini untuk bersama pasangan, keluarga mahupun bersendirian. Kita juga bercadang menambah pakej mengikut musim bagi memberi satu pengalaman menarik kepada pengunjung," katanya. 

Cadangan itu termasuk kemungkinan program jelajah hutan dan hiking mengikut kesesuaian musim dan tema.

Beliau melihat aset itu adalah keistimewaan semula jadi hotel kerana lokasinya yang tertinggi di Malaysia dengan 6,000 kaki dari paras laut. 

Dengan 1,885 pelbagai unit - dari 380 kaki persegi saiz bilik paling kecil sehingga seluas kondomium satu atau dua bilik seluas sehingga 850 kaki persegi. 


Ada berani, menggapai kabus di awan biru. 


Opah menjadi tetamu hotel itu dua hari satu malam, diberi bilik tingkat 21 tidak tahu nak menggambarkan betapa indah waktu pagi ketika apabila mentari mula menyinarkan wajahnya dan pemandangan petang serta malam yang begitu romantik sangat.

Ya benar, kita akan berasa seperti "berjalan" di dalam kabus, tangan memegang kuat besi palang cermin beranda berkaca sambil menyedut udara segar dari gunung-ganang.  

Dinginnya suhu, sejuk menggigil sambil tersenyum sendirian "disapa" seekor burung lelayang yang terbang bebas bersiulan ketika kami sama-sama menyaksikan kabus berarak dalam gerakan gemalai.


Kita ada semua aset yang lain daripada hotel lain sediakan. Datanglah dan raikan keterujaan anda di sini.... David Lean (kanan) menceritakan idea dan bagaimana semua itu bermula. Satu kembara yang menyeronokkan.


David berkata, hotel mahu "menjual" keistimewaan itu kepada tetamu yang sukakan keindahan alam, mahu berehat dalam suasana tenang sambil menjalani rawatan kesihatan di dua spa di situ. 

Paling sensasi katanya, makan durian yang buahnya selalu dikaitkan dengan suhu badan yang "panas".  Tetapi di sini, makan buah itu dalam khemah khas yang jika kebetulan akan disirami hujan renyai-renyai.

"Di puncak gunung yang saujana di Titiwangsa ini, kami menyediakan kapsul masa bertema mengikuti musim sebagaimana luar negara yang ada musim salji, musim bunga, kemarau dan luruh. 

"Cuma di sini tiadalah sajli, dinginnya cukup membuatkan kami kena sedia alat pemanas khas di bilik," katanya kepada KitaReporters.

David berkata hotel itu menyediakan bilik untuk tetamu mencipta memori di bilik bertemakan Wellness, Fairy Tales, Rock Starz Explore. Malah ada yang akan seronok kerana Hard Rock Cafe yang disediakan cukup selesa. 

Bagi yang mahu mengadakan majlis kenduri kendara atau ulang tahun perkahwinan, ballroomnya luas. 

Juga disedikankolam mandi dewasa dan kanak-kanak, restoran dengan menu dari pelbagai negara serta skyroom satu pentas khas untuk tetamu yang mahu menikmati alam semula jadi.


Terbaik... Terima kasih kerana sudi mengundang wartawan menikmati keindahan alam di sini. Opah bersama David (tengah). Kanan wartawan Kosmo dan kiri sekali Dr Jason Hee.

12
12
0
12
0
You will be interested