Bisnes & Ekonomi 17 Jun, 2025

Video| Kita lonjak 11 anak tangga! Penarafan Daya Saing Dunia 2025! Cerminan keyakinan global! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

.


Alhamdulillah, Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia (WCR) 2025. Ini adalah lonjakan terbaik sejak lima tahun lalu yang mencerminkan keyakinan global terhadap kestabilan, reformasi dan arah tuju ekonomi negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lonjakan kedudukan WCR membanggakan ini menjadi petunjuk jelas bahawa usaha reformasi Kerajaan Malaysia Madani membuahkan hasil.

"Kita buktikan Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad politik, iltizam seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat sektor swasta," jelasnya dalam hantaran pada akaun rasmi Facebooknya pada 17 Jun 2025.





Beliau bekata, prestasi memberangsangkan dalam perdagangan, kecekapan pentadbiran dan persekitaran pelaburan menjadi asas kukuh kepada kemajuan ekonomi yang inklusif dan mampan.

"Di sebalik pencapaian WCR ini ialah usaha konsisten kita memperkukuh struktur ekonomi dan memacu pembaharuan. Ia cerminan komitmen bersama kerajaan, industri dan rakyat untuk membawa Malaysia ke tingkat tertinggi.

"Pencapaian ini (lonjakan WCR 2025) milik semua rakyat Malaysia. Ia adalah antara asas penting dalam perjalanan kita untuk meletakkan negara ini dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033 demi masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita," tegas Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media




 

13
16
0
15
0
You will be interested