Bisnes & Ekonomi 02 Jan, 2023

Minat dunia pelaburan patuh syariah? WR Trader boleh bantu tunjukkan jalan! Elak jadi mangsa scammer!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


KEKURANGAN pendedahan sebenar mengenai pelaburan patuh syariah mendorong anak-anak muda ini tampil menyumbang kepakarannya.

Semuanya dilakukan supaya dapat mengelakkan orang ramai  terpedaya dengan skim penipuan yang berleluasa, selain memberi pemahaman yang sebenar tentang dunia pelaburan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bidang pelaburan


Pengasas WR Trader Academy, Mohd Alwafi Mohd Azian berkata, dalam negara ini  ramai yang berminat untuk melibatkan diri dalam pelaburan namun ramai yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ilmu yang lengkap menyebabkan ramai juga yang ditipu.

Lebih malang ada  ‘terkena’ dengan pelaburan yang tidak wujud sedangkan mereka dijanjikan dengan bulan dan bintang. Lebih menyedihkan yang menjadi mangsa kebanyakan orang Melayu .

Menggunakan peluang tersebut, Mohd Alwafi atau lebih dikenali Wafi bersedia menawarkan ilmu mengenai konsep pelaburan menerusi akademi yang diasaskan bagi membantu ekonomi masyarakat termasuk memberikan gambaran tentang perbezaan pelaburan syariah dan konvensional.

Akademi yang diasaskan pada 2012 bagi membantu meramaikan lagi individu yang mahir dalam analisis teknikal sekali gus  mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.



“Semuanya bermula selepas saya berjaya membina pendapatan sendiri dari dunia analisis teknikal menyebabkan ramai rakan yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

“Awalnya saya mengajar kepada rakan-rakan yang berminat sahaja  tetapi sayangnya apabila diberikan percuma mereka menganggap ilmu yang disampaikan itu tidak bernilai.

“Jadi saya mula kenakan caj menyebabkan mereka lebih serius dan menghargai dan akhirnya ramai yang berjaya menjana pendapatan,” katanya.

Kongsinya, walaupun niat asalnya mahu meramaikan lagi yang mahir analisis teknikal dan mengambil peluang dari pasaran modal patuh syariah yang ada di negara ini.



Kini WR Trader Academy menganjurkan pelbagai seminar termasuk asas “Futures Trading” bagi membolehkan individu yang tiada pengalaman boleh mula belajar dan mudah untuk memahami teknik tentang pelaburan.

Kongsinya, apabila seseorang menguasai ilmu analisis teknikal, seseorang itu boleh mengambil bahagian dalam mana-mana pasaran modal.

“Ia merupakan kemahiran yang sangat berguna dan antara alternatif kerjaya sampingan yang berimpak tinggi,” ujarnya.

Lebih menyeronokkan analisis teknikal ini, katanya merupakan kemahiran yang boleh diwarisi kepada anak dan cucu bagi menjamin ekonomi mereka pada masa depan.



“Kita bukan sekadar membina kekayaan peribadi dan kekayaan generasi tetapi juga boleh mewariskan ilmu yang ada,” katanya.

Bagi yang berminat dalam dunia pelaburan patuh syariah inilah jalan yang terbaik.

Semoga akademi WR terus berkembang maju dalam melahirkan lebih ramai yang berpengetahuan tinggi dalam dunia pelaburan. - KitaReporters


14
14
0
16
0
You will be interested