Bisnes & Ekonomi 17 Jun, 2023

Video| Terima kasih tubuh Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia! Kawal selia ekosistem industri gig! - GEM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023, Presiden parti merangkap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) untuk mengawal selia ekosistem industri gig di negara ini.

Mengapa Sekretariat Gabungan eHailing Malaysia (GEM) menyokong sepenuhnya penubuhan SEGiM? 

Sekretariat GEM berpandangan bahawa dengan tertubuhnya SEGiM, ia akan dapat menoktahkan segala isu dan permasalahan berpanjangan dalam mengawal selia ekosistem industri ekonomi gig secara komprehensif dan holistik. 

SEGiM diyakini akan dapat memberikan jaminan berkaitan:

  • Hak memperoleh pendapatan yang adil
  • Hak mendapatkan representasi yang adil
  • Hak untuk mendapatkan sumber atau dana daripada pihak kerajaan
  • Hak untuk mendapatkan jaminan keselamatan sosial, jaminan simpanan masa hadapan dan jaminan kesihatan
  • Hak untuk protes atau berunding (kesatuan)



Sekretariat GEM yakin bahawa SEGiM akan mendapatkan punca kuasa sebagai sebuah suruhanjaya dalam mengawal selia ekosistem industri ekonomi gig yang kian berkembang pesat dan dapat menstruktur semula sistem percukaian yang lebih efisien dan menepati DNA hibrid penggiat industri. 

“Perdana Menteri ada mengungkapkan pernyataan ini di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pada Selasa, 7 Februari 2023. 

"Fakku raqabah... Bebaskan manusia itu, rakyat kita & warga kita dari segala bentuk penindasan, perhambaan, memperbodoh, memiskinkan, mengambil harta sehingga hak mereka tersisih.“

Dengan penjelasan ini, pihak Sekretariat GEM berharap agar rakan-rakan penggiat industri dapat memberikan sokongan dan dokongan terhadap penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GIG Malaysia (SEGiM) dengan menandatangani petition ini.


Sekretariat Gabungan eHailing Malaysia (GEM),

Persatuan Kebajikan Pekerja Industri E-Hailing Malaysia (PKEH)


13
6
0
16
0
You will be interested