Bisnes & Ekonomi 21 Jul, 2025

Tahniah Ahmad Shabery Cheek! Dilantik semula jadi Pengerusi Felda! Kontrak dulu tamat 30 Jun 2025!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this


Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek telah dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  (Felda), selepas kontraknya ditamatkan pada 30 Jun 2025 lalu.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Shabery sehubungan itum menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Seri  Anwar Ibrahim, Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan untuk terus  menerajui Felda.  

Pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA bersuka cita dan menyambut baik pelantikan semula  ini.

"Felda yakin bahawa pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi Ahmad Shabery Cheek akan terus membawa Kumpulan Felda melangkah lebih jauh seiring dengan hasrat Malaysia Madani," menurut kenyataan itu lagi. 

Untuk rekod, Ahmad Shabery telah dilantik sebagai Pengerusi Felda pada Julai 2023, dan perkhidmatannya ditamatkan pada 30 Jun 2025 lalu. - KitaReporters/Kenyataan Media 


17
16
0
19
0
You will be interested