Bisnes & Ekonomi 15 Aug, 2024

Tahniah Shah Firdaus! Terima kasih Ikhlas Com! Taja pakej umrah untuk ibu bapa! Impiannya tercapai!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Impian atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tercapai apabila Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) mengumumkan tajaan pakej umrah untuk beliau dan kedua-dua ibu bapanya menerusi radio Hot FM pagi tadi (14 Ogos 2024).

Kejutan istimewa itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin sewaktu segmen pagi radio tersebut bersama adik Shah Firdaus, yang juga merupakan pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom.

Ikhlas berkata: “Apabila menonton temu ramah Shah selepas pelanggaran itu, beliau nampak betul-betul sebak dan impian dia untuk bawa ibu bapa (tunai) umrah tu ‘real’, memang dia teringin sangat nak bawa mereka. Jadi, saya tergerak hati nak berkongsi rezeki bersama Shah dan ibu bapa beliau.

“Kami sangat-sangat bangga dengan Shah. Apa yang terjadi telah terjadi, itu semua adalah takdir Allah. 

"Semoga apa yang berlaku ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan untuk sesuatu yang jauh lebih baik, insya-Allah. Tahniah kepada seluruh keluarga Shah Firdaus.”


Muhammad Shah Firdaus Sahrom (depan, kiri) dan Fara Hasan (depan, kanan).


Ridwan berkata: “Encik Ikhlas, bagi pihak Shah dan juga keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas bantuan yang Encik telah berikan untuk menaja ibu dan ayah saya dan juga Shah (menunaikan) umrah.”

Shah Firdaus yang mempamerkan semangat juang tinggi sebelum terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keenam pada final keirin kecewa apabila impiannya untuk membawa pulang pingat menerusi acara keirin lelaki di Sukan Olimpik 2024 tidak kesampaian.

Beliau meluahkan kekecewaan berganda atas kegagalan membawa pulang emas kerana telah berjanji untuk membawa ibunya menunaikan umrah sekiranya meraih kemenangan pada acara keirin di Paris itu.

Sementara itu, Shah Firdaus terkejut apabila dimaklumkan tentang berita gembira itu oleh Ketua Pegawai Pemasaran ikhlas.com, Fara Hasan ketika menyambut beliau dan atlet kebangsaan lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 lewat petang 14 Ogos 2024.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ikhlas.com kerana menunaikan hasrat yang telah disimpan sekian lama untuk membawa kedua-dua ibu bapanya mengerjakan umrah di Tanah Suci. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
9
0
7
0
You will be interested