Kampus & Pendidikan 09 Feb, 2022

Video| Tahniah UniSZA! Hospital Pengajar bakal beroperasi pertengahan 2022! Catat sejarah negeri!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Penyerahan replika kunci hospital oleh Sr Amran kepada Prof Dr Fadzli mewakili UniSZA.


UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu mencatat sejarah apabila menjadi universiti awam pertama negeri itu yang mempunyai sebuah hospital untuk kegunaan pesakit di negeri ini

Hasrat itu tercapai apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 7 Februari 2022 menyerahkan Projek Siap Pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA).

Projek tersebut diserahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Sr. Amran Mohd Majid kepada Naib Canselor UniSZA (Menjalankan Fungsi), Prof. Dr. Fadzli Adam yang mewakili Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hospital universiti


Hospital UniSZA bakal beroperasi pertengahan 2022. - Kredit gambar: Video YouTube Azam Bading



Prof Fadzli Adam berkata, pembinaan projek hospital pengajar telah bermula pada 2016 dan tetapi tertangguh kerana pelbagai isu dan cabaran.

“Alhamdulillah, hari ini, 7 Februari 2022 telah terpahat satu sejarah kepada UniSZA dengan penyerahan projek hospital pengajar ini," katanya.

"Kita jangka HPUniSZA ini akan beroperasi pada pertengahan 2022 dan bermula dengan khidmat pesakit luar,” tambahnya pada Majlis Penyerahan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin, di Dewan Auditorium, HPUniSZA. 

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Dr. Azmi Omar; Setiausaha Bahagian, KPT, Puan Azlinda Azman; dan Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 1, JKR, Dato’ Ir. Roslan Ismail.

Sr Amran melihat model Hospital UniSZA


Prof Fadzli berkata, HPUniSZA yang berkapasiti 200 katil itu akan menjadi pusat perubatan dan pembelajaran bagi pelajar Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi serta fakulti-fakulti lain yang menawarkan bidang berkaitan.

“Insya-Allah, mutu kesihatan masyarakat di Terengganu khasnya dan Pantai Timur amnya dapat ditambah baik dengan kepakaran yang ada kepada pensyarah perubatan, pakar-pakar perubatan serta doktor dari Hospital Pengajar ini,” katanya pada majlis berkenaan.

Pada majlis itu, turut diadakan sesi Menandatangani Dokumen Penyerahan Bangunan dan Penyampaian Simbolik  Replika Kunci.

Terdahulu, dif-dif kehormat telah melawat Galeri Projek dan mendengar taklimat oleh Pasukan Projek Khas 1, JKR Malaysia di Lobi HPUniSZA. - KitaReporters


Sebahagian tetamu yang hadir pada majlis penyerahan kunci Hospital UniSZA

15
11
1
15
1
You will be interested