Kampus & Pendidikan 21 Nov, 2021

Terbaik UUM! 54 sertai Webinar Penulisan, Penerbitan Buku Digital (E-Buku)! Bimbingan secara maya!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Pandemik COVID-19 tidak menghalang pensyarah menjalankan program khususnya secara dalam talian.

SERAMAI 54 peserta melibatkan semua kakitangan akademik menyertai Webinar Penulisan dan Penerbitan Buku Digital (E-Book atau E-Buku) secara dalam talian pada 16 November 2021 lalu yang dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Zarina Mat Saad.

Prof Madya Dr Zarina Mat Saad berkata, Webinar Penulisan dan Penerbitan Buku Digital (E-Buku) ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta cara untuk menulis dan menerbitkan e-buku ini

Katanya staf akademik UUM perlu diberi dan peluang untuk mendapatkan bimbingan menulis seterusnya menggalakkan mereka menerbitkan pula buku digital untuk dipasarkan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan buku


Barisan kakitangan UUM yang menjadi peserta yang Webinar Penulisan dan Penerbitan Buku Digital.

“Penyertaan kali ini juga dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan staf akademik dari beberapa pusat pengajian lain antaranya Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Pusat Pengajian Undang-undang (SOL), Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), dan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Shafinaz (TISSA),” ujarnya ketika dihubungi.  

Selain daripada staf akademik di UUM, beberapa guru sekolah sekitar negeri Kedah juga mengambil peluang untuk menyertainya selaras dengan hasrat Pengurusan UUM untuk memberi peluang dan ruang dalam membantu sistem pendidikan terutama mereka yang tinggal di Kedah.

Progran anjuran Jawatankuasa Penerbitan SAPSP UUM ini menampilkan beberapa panel jemputan antaranya Pensyarah Kanan di Kolej PolyTech Mara (KPTM) Kota Bharu, Dr Mazeni Ismail yang merupakan pakar rujuk bagi penghasilan ebook di beberapa institusi seperti Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penerima Anugerah Best Seller E-Book Writer 2021 dan Certified E-Book Trainer and Author ini juga adalah penasihat bagi ebook pocket, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Jabatan Kebajikan Masyarakat. 


Moderator, Panel Penulisan dan Penerbitan Buku Digital.

Manakala panel kedua pula iaitu Dr Intan Idiana Hassan ialah penerima Anugerah Top Achiever e-Book Sales 2021 yang juga Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan.

Beliau adalah penyelaras dalam pembangunan modul pengajaran secara dalam talian (micro credential) dan Trainer Ebook yang diiktiraf oleh Kelab Usahawan E-Book Malaysia. 

Mejar Hasrul Taufek Roslan, PNBB (Lebanon) PPS, PPA TUDM atau lebih dikenali sebagai Master Shiro dari Presiden Kelab Usahawan E-Book Malaysia (KUEM) dan Kelab Penulis Muda Malaysia (KPMM) yang mengasaskan CEO Master Shiro Global Academy  (MSGA) Sdn Bhd yang menjalankan pelbagai kursus keusahawanan digital, latihan penulisan ebook dan pembimbing usahawanan ebook turut dijemput untuk berkongsi idea bagaimana melatih lebih 2000 penulis ebook merentas 18 buah negara.

Program tiga jam secara dalam talian ini dikendalikan oleh Pensyarah SAPSP Prof Madya Dr Zakiyah Jamaluddin sebagai Moderator. - KitaReporters


11
18
0
8
0
You will be interested