Kampus & Pendidikan 22 Jan, 2022

UPM terus cemerlang! Arca 50 tahun dibina! Portal AIS dibangun! Buggy Putrabiz@alumni dilancar!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) merupakan salah sebuah menara gading terunggul di Malaysia dan untuk sampai ke tahap hari ini pastinya memerlukan kerja keras serta pengorbanan yang dibanting oleh semua pihak. 

Berbekalkan semangat yang jitu, segala halangan serta ujian dihadapi penuh bijaksana dan bagi mengingati usaha keras itu, telah berlangsung Majlis Pelancaran Arca 50 Tahun UPM, Sistem Maklumat Alumni (AIS) dan Buggy Putrabiz@Alumni pada 14 Januari 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UPM


Arca 50 Tahun UPM simbolik keperkasaan UPM sebagai universiti bereputasi antarabangsa.


Ia juga diadakan bersempena pembinaan Arca 50 tahun UPM yang disambut sepanjang tahun 2021.

Manakala, Pusat Perhubungan Alumni UPM telah diberi tanggungjawab dan amanah menjalankan majlis penuh bermakna kepada seluruh warga UPM kerana arca 50 tahun yang bakal menjadi simbolik sambutan Perayaan 50 Tahun UPM (1971-2021) telah berjaya dibina di hadapan Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

Arca ini akan menjadi mercu tanda kebanggaan seluruh warga UPM atas kejayaan mengharungi perjalanan yang panjang penubuhannya sebagai sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

Arca ini secara keseluruhanya menelan kos pembinaan sebanyak RM19,000 hasil daripada pendapatan Program UPM Alumni Golden Fit 2021 yang mana sebanyak RM15,000 adalah hasil daripada penajaan Menteri Besar Selangor, manakala RM4,000 pula sumbangan daripada kutipan yuran penyertaan peserta UPM Alumni Golden Fit 2021.


PENAJA utama, Mohd Norashedy Ab Rashid kembali menabur bakti kepada UPM sebagai tanda mengenang jasa.


Sistem Maklumat Alumni (AIS) pula dibangunkan oleh Pusat Perhubungan Alumni untuk mengumpul dan mengemas kini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien

Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti dan program anjuran UPM.

Melalui portal ini juga alumni boleh mengetahui aktiviti terkini yang dianjurkan oleh UPM, Pusat Perhubungan Alumni UPM dan juga menerusi Persatuan Alumni UPM (PAUPM).


Buggy membolehkan pelajar menjana pendapatan untuk sebarang pelaksanaan program pelajar.


Penajaan buggy Putrabizz@Alumni merupakan sumbangan daripada Mohd Norashedy Ab Rashid, alumni UPM kelas 1994 dan 2004 kepada pelajar khususnya Chapter Student Ambassador (CSA) untuk membantu pelajar menjana sumber pendapatan bagi sebarang pelaksanaan program pelajar.

Penajaan buggy Putrabiz@Alumni adalah yang pertama kali seumpamanya dijalankan di antara universiti dan alumni. 

Jika selama ini kerjasama sering dilakukan bagi tujuan biasiswa dan sebagainya, namun kali ini penajaan buggy untuk kegunaan pelajar CSA dan pelajar-pelajar lain adalah untuk mengembangkan bakat dalam bidang keusahawan yang disediakan oleh pihak universiti. 

Menurut Naib Canselor UPM, Prof Dr. Roslan Sulaiman, pembinaan Arca 50 Tahun UPM ini menjadi satu simbol yang tinggi nilainya dan justeru itu, beliau berterima kasih kepada semua yang terlibat. - KitaReporters


Prof Dr Roslan Sulaiman memberi ucapan pada Majlis Pelancaran Arca 50 Tahun UPM, Sistem Maklumat Alumni (AIS) dan Buggy Putrabiz@Alumni pada 14 Januari 2022

18
12
0
10
0
You will be interested