Kampus & Pendidikan 14 Apr, 2022

Alhamdulillah! 2,500 pelajar UPM latih sempurnakan bacaan Al-Fatihah! Baiki tajwid, faham makna!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Oleh: KHAIRUL ANUAR MUHAMAD NOH


SERAMAI 2,500 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil bahagian untuk membaca surah Al-Fatihah selama 10 hari dalam program untuk melancarkan bacaan surah Al-Fatihah dengan sempurna baru-baru ini. 

Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, Nuruliman Ibrahim berkata program kerohanian yang diberi Tahsin Al-Fatihah itu telah membentuk 50 kumpulan yang membaca Al-Fatihah di mana setiap kumpulan terdiri daripada 50 pelajar


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Menara Gading


“Angka 50 dipilih kerana program ini merupakan antara pelbagai program yang dirancang sempena dengan Sambutan 50 tahun Jubli Emas UPM.  

“Tujuan program ini ialah untuk memastikan bacaan surah Al-Fatihah yang merupakan Ummul Kitab dibaca dengan lebih sempurna tajwid selain meningkatkan kefahaman makna dan bacaan,” katanya dalam satu kenyataan media pada 11 Aprul 2022 lalu. 


NURULIMAN IBRAHIM


Beliau berkata kolej-kolej kediaman UPM telah memberi sokongan dengan menghantar penyertaan ramai pelajar menyertai program itu yang dianjurkan oleh BHEP dengan kerjasama Pusat Islam UPM, Kolej-Kolej Kediaman UPM dan Geng Ngaji Global

Setiap pelajar yang tamat menjalani Tahsin Al-Fatihah akan diberikan satu mushaf Al-Quran bernilai RM50 bagi menjayakan program Tadarrus sepanjang bulan Ramadan untuk mendalami ilmu bacaan Al-Quran. - KitaReporters



10
11
0
18
0
You will be interested