Kampus & Pendidikan 23 Jun, 2022

Video| Angkara cinta ditolak! Pelajar universiti mati ditikam berkali-kali pelajar senior lelaki!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


CINTA itu buta… kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun menyalahi undang-undang demi memuaskan hati yang disebabkan meluap-luapnya rasa cinta.

Terbaharu seorang mahasiswa di Universiti Mansoura, Kaherah, Mesir tergamak menikam rakan universiti hanya kerana cinta ditolak oleh gadis berkenaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan jenayah pembunuhan


Alahai…sebanyak-banyak ‘bunga’ di universiti tak kan sekuntum sahaja yang berkenaan sehingga tergamak membunuh dengan kejam.

Tapi inilah kuasa cinta! Semua dilakukan tanpa sedar. Yakinlah sekira si lelaki itu waras pasti dia menyesal dengan tindakan melulunya.

Pelajar perempuan berkenaan, yang dikenali Nayera Ashraf dilaporkan terbunuh selepas ditikam beberapa kali di hadapan pintu utama Fakulti Sastra (Arts) universiti berkenaan.

Semuanya disebabkan wanita cantik yang berusia 21 tahun berkenaan menolak cinta si pemuda!



Menurut saksi kejadian, pelajar lelaki yang dipercayai pelajar universiti berkenaan dari fakulti sama dikatakan meluru ke arah Nayera dan menikam mati wanita tersebut semasa pelajar wanita itu dalam perjalanan ke perhentian bas untuk pulang ke rumah.

Jelasnya, pemuda tersebut bertambah agresif apabila orang ramai cuba menangkapnya lalu bertindak menyembelih wanita itu. 

Wanita malang itu dikatakan baru pulang dari bandar Mahalla bersama rakan sekuliahnya yang lain. 



Tindakan kejam berkenaan menyebabkan pelajar lelaki itu ditahan beberapa jam kemudian.

Malah Pendakwa Raya Mesir mengesahkan siasatan sedang dijalankan ke atas pelajar lelaki berkenaan selain menggesa rakyat supaya tidak menyebarkan video mengenai kejadian itu.

Susulan kejadian tersebut, seluruh platform media sosial Mesir dibanjiri dengan hashtag #جامعهالمنصوره (Universiti Mansoura) dan #حقنيرة_أشرف (Keadilan untuk Nayera Ashraf).

Malah kejadian tragis itu juga turut menarik perhatian peguam hak asasi manusia, Nehod Abo El Komsan, yang sedih kejadian berkenaan berlaku di institusi terkenal di bumi Mesir. - KitaReporters


10
10
0
11
0
You will be interested