Menara Gading 30 Mar, 2022

Tahniah dua penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA! Sempena Majlis Idul Ilmu Konvokesyen Ke-13!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this


DUA mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkongsi kegembiraan apabila masing-masing dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) sempena Majlis Idul Ilmu Konvokesyen Ke-13 universiti tersebut di Kuala Terengganu, Terengganu.

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja ialah Muhammad Aizuddin Harif, graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian) dan Carolyn Loh Tze Ing, graduan Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian.

Kedua-dua graduan berkenaan menerima wang tunai sebanyak RM7,500.00, sijil dan pingat bersadur emas bernilai RM1,000.00.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UniSZA

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA  Aizuddin (kanan) dan Loh Tze Ing 


Muhammad Aizuddin Hanif, 25, tidak menyangka dia mendapat anugerah tertinggi dari UniSZA ketika menjadi penuntut di uiniversiti berkenaan. 

Aizuddin yang kini bergelar seorang pendidik dan sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai, Sarawak yang menerima anugerah tersebut menganggapnya sebagai penghormatan bukansahaja kepada dirinya malah keluarga.

“Alhamdulillah, saya begitu bersyukur dan gembira kerana terpilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja ini dan berterima kasih pada semua yang telah membantu saya selama ini,” katanya.

Aizuddin berkata ibunya sangat berharap profesion perguruan menjadi cita-cita sejak kecil dan akhirnya tercapai juga.

Dia yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian) merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam kebudayaan dan sering terlibat dalam pelbagai program di peringkat universiti hingga ke antarabangsa.


 

Aizuddin bersama anugerah yang diterimanya dari UniSZA


Aizuddin menerima penghargaan yang disampaikan oleh Tan Sri Dr Mohamad Yusof Mohamed Nor


Sementara itu, seorang lagi penerima, Carolyn Loh Tze Ing, 24, turut menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada UniSZA di atas penghargaan itu.

Dia yang merupakan graduan Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) di Fakulti Sains Kesihatan kini meneruskan pengajian dalam program Sarjana Sains Perubatan di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Terapi Pemakanan Dalam Penjagaan Kritikal.



Sempena majlis konvokesyen tersebut seramai 3,345 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima doktor falsafah (Phd), sarjana, ijazah dan diploma masing-masing pada majlis tersebut.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam, berkata majlis konvokesyen selama empat hari itu  diadakan sebanyak lapan sidang dan disempurnakan oleh Pro-Canselor UniSZA, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Mohamed Nor.

Katanya, seramai 107 graduan diangerahkan PhD dan 84 graduan pula dianugerahkan sarjana sains dan sarjana sastera.

“Bagi penganugerahan ijazah pula, seramai 1,753 graduan akan menerima ijazah sarjana muda yang membabitkan 10 buah fakulti dan 1,152 graduan diploma dari lapan fakulti”, katanya.

Katanya lagi, majlis konvokesyen pada kali ini turut menganugerahkan Diploma Pascasiswazah Pendidikan kepada 142 graduan pada sidang pertama. - KitaReporters


Kredit foto: FB Universiti Sultan Zainal Abidin

14
14
1
21
0
You will be interested

Majukan lagi Pelancongan Islam! USIM, ITC meterai MoU! Bangunkan bakat, pengetahuan, pengurusan!

USIM meterai MoU bersama Pusat Pelancongan Islam (ITC) bagi bangunkan bakat, perluaskan pengetahuan dan maklumat berkaitan bidang Pelancongan Islam di Malaysia

Ikon Motivator Muda! USIM hantar wakil ke Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) 2022!

Muhammad Nur Afiq Kamarul Arifen, Shamsul Aiman Mu’amar Shamsul Bahrin muncul Johan, Naib Johan Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 16 hours ago

Video| Tahniah! Ts Dr Sharifudin dilantik jadi Naib Canselor baharu USIM! Ganti Dr. Mohamed Ridza!

Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dilantik gantikan Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2025
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 16 hours ago

UPM nak perkenal rock melon varieti sendiri! Hasil baik Program Tanaman Rock Melon Varieti Glamor!

Fakulti Pertanian UPM dapat tuaian baik daripada penanaman 620 pokok rock melon (cantaloupe atau tembikai wangi) bagi Program Tanaman Rock Melon Varieti Glamor
Nur Syamila Kamarul Arefin in Menara Gading 1 day ago

Keluarga Malaysia pupuk budi pekerti mulia! Terima kasih FPSK UPM! Aktif kerja amal kebajikan!

FPSK UPM terus gigih dalam laksanakan aktiviti CSR bagi hulur bantuan, khidmat bakti sukarela kepada pusat jagaan warga emas, keluarga asnaf, rumah anak yatim
Rosdi Ismail in Menara Gading 2 days ago