Kampus & Pendidikan 14 Apr, 2023

Balik raya sudah bermula! Sila berhati-hati! Pelajar UUM tinggalkan kampus untuk ke kampung halaman!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

Naib Canselor UUM (berbaju hijau) bersama pelajar UUM yang meninggalkan kampus untuk pulang beraya.

Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mula meninggalkan kampus di Sintok ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Naib Canselor (NC) UUM Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan ketika bertemu dengan pelajar-pelajar yang akan pulang di hadapan Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin UUM mengingatkan mereka supaya berhati-hati ketika menggunakan kenderaan sendiri atau awam semasa pulang nanti.


Prof Dr Mohd Fo'ad Sakdan menasihatkan pelajar berhati-hati ketika pulang beraya.

“Pandulah dengan cermat dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan berhenti berehat sekiranya keletihan,” kata beliau dalam pertemuan itu.

"Pihak pengurusan universiti sentiasa mendoakan semua agar kepulangan ini dapat menyerikan keluarga terutama pada pagi syawal nanti. 

"Bagi pelajar yang tidak pulang beraya terutama dari Sabah dan Sarawak serta luar negara sambutlah perayaan ini dengan kakitangan dan pelajar yang berada di kampus ini.," katanya lagi.


NC UUM membetulkan topi penunggang motosikal.

Baru-baru ini universiti memberi kebenaran untuk pelajar mengadakan kuliah secara dalam talian pada minggu ketiga pengajian bagi semester kedua sesi 2022/2023 selepas menerima permohonan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Pihak universiti meluluskan kuliah secara dalam talian mulai 16 April 2023 hingga 20 April 2023 sama ada secara segerak (synchronous) atau tidak segerak (asynchronous).

Moga semua pelajar dan warga UUM dapat menyambut Aiidilfitri dengan selamat dan meriah. - KitaReporters


Siswi UUM memandu kereta untuk pulang beraya.

14
13
0
12
0
You will be interested