Kampus & Pendidikan 16 Dec, 2025

Bakal guru terjah sekolah! Break The Bank, Level Up Your English! Cara fun belajar bahasa Inggeris!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

SECARA umumnya generasi muda negara ini terutama pelajar yang tinggal di bandar-bandar utama khususnya di Kuala Lumpur memang fasih dalam berbahasa Inggeris, cuma kebolehan bertutur mereka masih boleh diperbaiki khususnya kaedah berbual dan berbincang.


 


Mungkin masih ramai pelajar yang tidak biasa bercakap dalam bahasa itu dalam perbualan harian dan mereka faham setiap pertuturan membuatkan mereka rasa tidak yakin, sekali gus rasa "takut" untuk berkomunikasi. 

Mereka bimbang kerana selalunya kalau bercakap bahasa Inggeris, mereka rasa kena ucap tatabahasa dan antonasi yang betul yang akhirnya timbul rasa "malu". Walahal pelajar ini ada macam-macam idea dan seronok untuk berbual. 

Demikian pandangan Muhamad Affiq Dzulfakry Thani, salah seorang dari sekumpulan 32 pelajar Teaching English Second Language (TESL), University Polytech Malaysia (UPTM) yang terbabit dalam program "Break The Bank, Level Up Your English!" bersama 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah pada 30 Oktober 2025.




Terima kasih... Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dan guru.


Sementara itu dalam satu kenyataan, Pengarah Jawatankuasa Program, Nuren Jazlina Mohamed Muzli berkata program bertema UPTM: Play, Spend and Speak adalah sebahagian daripada aktiviti melengkapkan tanggungjawab sosial di bawah Fakulti Pendidikan, Sosial Sains dan Kemanusiaan (FPSSK).

Program "Break The Bank, Level Up Your English!" untuk memberi pendedahan kepada pelajar universiti dan pelajar sekolah mengenai dunia bahasa Inggeris terhadap kemahiran membaca, mendengar dan bertutur.

Aktiviti itu dijalankan berdasarkan Program SULAM yang bermaksud Service Learning Malaysia- University For Society. Program SULAM merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian PendidikanTinggi (KPT). 


Cemerlang...bersama guru dan pelajar UPTM mencipta memori.


Program SULAM merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah.

"Kita fahamkan pada era kini, penggunaan bahasa Inggeris dan dunia pendidikan adalah salah satu perkara yang sangat diperlukan dalam membangunkan modal insan yang pintar bahasa. 

"Dalam pada masa yang sama bahasa Inggeris memerlukan perkara-perkara dan kemahiran asas seperti membaca dan bertutur." katanya.


Sebahagian ahli jawatankuasa acara dan protokol bergambar di kampus UPTM.


Contohnya kata Nuren Jazlina aktiviti "Creative English Wall" menyerlahkan lagi kreativiti pelajar menerusi penulisan, melukis dan melahirkan ekspresi visual secara interaktif, membina kosa kata yang lebih luas sambil menggalakkan pelajar berani berkomunikasi, berdebat, berbincang dan memberi idea dalam bahasa Inggeris yang lancar dan mantap.

"Selain itu satu lagi aktiviti yang paling menyeronokkan ialah acara Monolopy All Stations! Bersempena dengan tema yang mengarahkan kepada "terjah bank" pengetahuan ekonomi seperti bank, investment, money, credit, debit, wealth, budget dan income. 

"Permainan monopoly mengasah pelajar bekerjasama satu kumpulan dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris melalui permainan interaktif." katanya yang gembira pelajar memberi sokongan penuh semangat dan menceriakan.

Akhir sekali pelajar itu akan turut terbabit dalam aktiviti "From Here On Out" yang memupuk bukan saja semangat kerjasama tetapi juga menguasai kosa kata bahasa Inggeris dan paling penting ialah meningkatkan penguasaan bahasa itu dalam perbincangan menyelesaikan. - KitaReporters


13
17
0
17
0
You will be interested