Kampus & Pendidikan 30 Nov, 2025

Misi Monsun Timur Laut! Anggota SISPA PUO ditugaskan di APM Perak! Bukti keupayaaan pelajar TVET!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Peranan anggota Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) penting dalam usaha membantu pelbagai tugasan semasa kecemasan termasuk bencana banjir dan sebagainya.


Prebet (PA) Fawwaz Juman Mohamed Fareed (kiri) dan Prebet (PA) Ahmad Nazril Afeeq Ahmad Jaswira dipilih menjalankan tugas sebagai PISPA  di Pejabat APM Perak. 

Justeru itu, dua pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar (PUO), Prebet (PA) Fawwaz Juman Mohamed Fareed dan Prebet (PA) Ahmad Nazril Afeeq Ahmad Jaswira telah dipilih menyertai tugasan khas sempena misi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 sebagai anggota PISPA PUO.

Mereka ditugaskan di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perak, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh dari 28 November hingga 31 Disember 2025.

Tugas utama termasuk menerima laporan kecemasan dan membuat catatan rasmi melalui sistem Next Generation Malaysian Emergency Response Services (NG MERS) 999.


Prebet (PA) Fawwaz Juman Mohamed Fareed (kiri) dan Prebet (PA) Ahmad Nazril Afeeq Ahmad Jaswirakan diberi penerangan mengenai tugas mereka di pejabat APM di Ipoh.


Pengarah PUO, Dr. Salmi Che Meh berkata,  penyertaan pelajar PUO dalam operasi sebenar seperti ini membuktikan keupayaan institusi TVET dalam membentuk pelajar bukan sahaja dari aspek teknikal, tetapi juga dalam kemahiran insaniah, kesukarelawanan dan kepimpinan.

‘Saya merakamkan penghargaan kepada APM dan pihak berkaitan atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada pelajar PUO,” katanya dalam kenyataan pada 28 November 2025.

Katanya, PUO akan terus komited menyokong pembangunan sahsiah serta kesiapsiagaan pelajar dalam menghadapi cabaran sebenar masyarakat dan negara.


Anggota pertahanan awam, SISPA PUO bergambar dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM)

Sementara itu, APM dalam kenyataan berkata, lebih 2,000 anggota kini dalam keadaan Bersiap siaga bagi menghadapi Kesan Ribut Tropika Senyar yang melandanegara.

APM telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) di 14 buah negeri dan 198 Pusat Kawasan Operasi Unit (PKOU) bagi menyelaras operasi pemantauan, kesiapsiagaan dan respons kecemasan sepanjang tempoh amaran. - KitaReporters

10
10
0
16
0
You will be interested