Kampus & Pendidikan 10 Dec, 2023

Alhamdulillah! RM32.2k berjaya dikutip Untukmu Palestin!! Tabung UPM X MyFundAction diserahkan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

 


Jumlah sumbangan bernilai RM32,202.14 telah berjaya dikutip menerusi Tabung UPM X MyFundAction. Jumlah ini membuktikan betapa prihatin dan penyayang rakyat Malaysia.

Ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Apa yang terjadi di bumi Gaza buka lagi semata-mata isu agama tetapi ia sudah memasuki isu kemanusiaan. Hari demi hari, rakyat Palestin terus dibunuh dan dizalimi rejim aparteid Zionis.

Pada 7 Disember 2023, bertempat di Dewan Taklimat Serdang UPM (Universiti Putra Malaysia) telah berlangsung penyerahan kutipan Tabung UPM X MyFundAction bagi membantu rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel ke atas Palestin yang masih berterusan.

Tabung UPM X MyFundAction ini diwujudkan selaras dengan pelaksanaan program solidariti UPM Untukmu Palestin pada 10 November 2023 lepas di Dewan Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) UPM. 

Hampir 500 pelajar dan warga UPM berkumpul bagi menzahirkan solidariti ke atas rakyat Palestin yang terusan menerima kekejaman daripada Israel.



Penyerahan tabung kutipan itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah kepada wakil MyFundAction, Athirah Mohd Affandi. 

Secara keseluruhan tabung ini diuruskendalikan oleh MyFundAction untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang sangat memerlukan bantuan dan sokongan buat masa sekarang.

Turut hadir pada majlis ini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof. Dr. Arifin Abdu; Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Prof. Madya Dr. Omrah Hassan@Hussin; dan juga Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) Fahmi Azar Mistar.


Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah bersama Prof. Madya Dr. Omrah Hassan@Hussin.  


Kerjasama ini bukanlah kali pertama berlangsung antara ARCUPM dan MyFundAction. Sebelum ini ARCUPM dan MyFundAction pernah berkolaborasi dalam Program UPM Prihatin Kit 3K yang berupa barangan keperluan semasa negara dilanda pandemik COVID-19.

Kerjasama diteruskan dengan Program Alumni Putra@Jannah iaitu agihan sebanyak 3,000 pasang pakaian baharu untuk golongan yang memerlukan dalam meringankan beban untuk sambutan Aidilfitri yang lepas. Kerjasama diteruskan lagi dengan agihan 3,000 pek makanan Ready To Eat (RTE) kepada pelajar baharu UPM sesi 2023/2024.

Sehingga kini, jumlah sumbangan menerusi ke semua jalinan kerjasama yang telah terjalin sudah mencecah RM1,391,445.14. Satu angka yang cukup besar.


Prof. Dr. Ahmad Farhan membuat simbolik penyerahan kutipan Tabung UPM X MyFundAction kepada Atirah Mohd Affandi.


Sebagai tanda sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin juga, Kelab MyAqsa UPM turut ditubuhkan. Kelab yang dihasratkan oleh Prof. Dr. Arifin itu sendiri dilihat bakal menjadi satu platform terbaik dalam menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Palestin.

Diharapkan dengan pewujudan kelab ini pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada pelajar dan komuniti dapat diteruskan pada masa akan datang.

ARCUPM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jalinan kerjasama ini, dalam usaha bersama-sama membantu pelajar, komuniti dan masyarakat dunia yang memerlukan.

Semoga jalinan kerjasama seterusnya iaitu dalam Program Kesukarelawan Antarabangsa 2024 antara MyFundAction bersama UPM ke kem pelarian Syria berjalan lancar. Diharapkan ia bakal menjadi titik mula kepada kerjasama pada peringkat antarabangsa untuk seterusnya. - KitaReporters


Penerangan sebelum program berlangsung daripada Fahmi Azar Mistar kepada Naib Canselor UPM.

9
21
0
11
0
You will be interested