Kampus & Pendidikan 17 Jun, 2022

Tahniah! Kumpulan Serpihan UMT juarai Ocean Challenge 2022 peringkat antarabangsa! Inovasi lautan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Peserta Kumpulan Serpihan dari UMT


KUMPULAN Serpihan dari Universiti Malaysia Terengga (UMT) menjuarai pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Ocean Affairs Council (Majlis Hal Ehwal Lautan) Taiwan dan American Institute in Taiwan, Cawangan Kaohsiung

Pertandingan ini telah disertai pada 25 April 2022 dan keputusan pertandingan telah diumumkan pada 2 Jun 2022.

Kumpulan Serpihan yang terdiri daripada enam orang pelajar UMT iaitu Nadia Umar Ridzuan, Brendon Vun Man Fook, Muhammad Faris Hadi  Zulkifli, Aizatul Jasmine  Azizan, Jennifer Janani A/P Sathiaseelan dan Amanda Fika Kanchan yang kesemuanya merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Biologi Marin, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, UMT.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pencapaian inovasi


Dr Maizah M Abdullah


Penasihat Kumpulan Serpihan, Dr. Maizah M. Abdullah berkata, kumpulan tersebut  merupakan wakil tunggal Malaysia yang berjaya mara ke peringkat akhir dengan dalam kategori Ocean Challenge atau Cabaran Lautan 2022.

Katanya, kemenangan ini telah melayakkan mereka menerima wang tunai NT$50,000 (RM7,500) serta sijil penyertaan.

Sejarah kejayaan saudara Mogesh Sababathy, alumni program Biologi Marin dan Projek Ocean Hope UMT amat memberi inspirasi kepada pelajar semasa untuk turut pergi jauh dalam bidang kepimpinan alam sekitar marin pada peringkat global,” katanya.

Dr Maziah sering mengingatkan pelajar bahawa saiz dan di mana lokasi universiti berada tidak penting tetapi kualiti ilmu yang diperoleh di UMT membuktikan bahawa pelajar-pelajar berada di barisan hadapan dalam bidang marin bukan sahaja pada peringkat nasional malahan juga peringkat antarabangsa”.



“Ocean Challenge 2022 menjemput pemohon yang berumur antara 15 dan 35 tahun untuk mencadangkan penyelesaian kreatif kepada isu lautan yang menggunakan sains marin sebagai elemen utama," ujar Maizah.

Dilancarkan pada 2019, Ocean Challenge ialah program yang bertujuan untuk melibatkan pelajar dan generasi muda di seluruh dunia mengenai krisis lautan dan untuk menggalakkan mereka untuk menjadi aktif dalam memerangi cabaran lautan.

Menurut Nadia Umar Ridzuan, ketua kumpulan Serpihan, kemenangan ini adalah hadiah bermakna buat UMT dan berharap mereka berpeluang lagi untuk menyertai pertandingan peringkat antarabangsa seterusnya mengharumkan nama UMT. - KitaReporters


 

10
11
2
16
0
You will be interested