Menara Gading 18 Aug, 2022

Mahu jadi jurulatih, pakar bidang Rekreasi Luar? Program Persijilan Kemahiran Rekreasi Luar UMK ada!

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com atau kita.reporters@gmail.com

Share this


BERMULA pada tahun 2021, pelaksanaan Program PENJANA KPT - Pensijilan Profesional dan Kompetensi (PENJANA KPT-PACE) telah diluluskan di bawah peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Program ini merupakan program peningkatan kemahiran dan pengukuhan kompetensi pelajar melalui pensijilan profesional berasaskan kepakaran dan kompetensi mengikut bidang serta meningkatkan kebolehpasaran siswazah secara amnya. 

Melalui insiatif tersebut, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Pearl Island Adventure dan Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) telah berjaya menganjurkan Program Pensijilan Profesional dan Kompetensi (KPT-PACE), Outdoor Recreation Skills Certification Course (OUTREC) 2022


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Sekitar majlis penutup program OutRec 2022 di KEDA Resort Bendang Man, Sik, Kedah. 


Program yang berlangsung pada 3 hingga 14 Ogos 2022 lalu di KEDA Resort Bendang Man, Sik, Kedah, telah disertai 35 orang peserta dari Universiti Malaysia Kelantan, manakala 15 lagi terdiri daripada pelbagai kelompok iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Kuala Lumpur dan Politeknik Malaysia

Program ini juga turut mendapat kerjasama seramai 8 orang jurulatih yang terlibat sepenuhnya dalam menjayakan tiga (3) modul utama program iaitu Outdoor Recreation Certification (OUTREC 1) yang diiktiraf oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Malaysia, Malaysian Certification Rope Course (MCRC Level 1) yang diiktiraf oleh Malaysia Rope Course Association dan First Aider Certification.

Dengan menawarkan Program Persijilan Kemahiran Rekreasi Luar ini dijangka dapat memastikan kebolehpasaran siswazah dan kekal berdaya saing serta memenuhi keperluan industri

Ia selaras dengan objektif program ini iaitu bagi membina suatu sistem pendidikan rekreasi luar yang teratur dari segi praktikal, teori dan kerja kursus yang konsisten serta seragam. Seterusnya dapat memperkembangkan aktiviti rekreasi luar yang berteraskan pendidikan yang selamat, berpengetahuan kepada semua golongan masyarakat.


Barisan penerima anugerah peserta terbaik program.


Pada majlis penutup program OUTREC 2022 yang bertempat di Dewan Auditorium KEDA Resort Bendang Man di Sik, sebanyak lima (5) kategori hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Daerah Baling yang turut diiringi Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan UMK Dr. Roslizawati Che Aziz

Dalam majlis tersebut Nor Hasimah Maliki telah berjaya menjadi peserta Wanita Terbaik bagi kategori Aktiviti Rekreasi Luar dan seterusnya mengungguli peserta terbaik keseluruhan. 

Manakala Ahmad Afleen Aieeman Ahmad Daman Huri dinobatkan Peserta Lelaki Terbaik Aktiviti Rekreasi Luar, Abdul Rashid Abd Muntalib menjadi Peserta Lelaki Terbaik bagi Malaysian Challenge Rope Course dan Nur Mawardah Che Husain menjadi peserta Wanita terbaik Malaysian Challenge Rope Course. 

Pada majlis ini juga, semua peserta yang terlibat telah menerima Sijil Kompetensi Kemahiran Rekreasi Luar (Certificate of Completion on Outdoor Recreation Skills Certification Program 2022) dan Sijil Pentauliahan Outdoor Recreation Course Level 1 oleh Jabatan Belia dan Sukan Malaysia. 

Program yang berlangsung selama 12 hari ini telah berjaya melahirkan pelapis jurulatih rekreasi luar yang akan terus bersaing dan berjuang untuk mengangkat industri ini ke tahap yang lebih gemilang pada masa hadapan.  

Terima kasih di atas inisiatif PENJANA KPT-PACE yang telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar ini untuk turut serta dan mengembangkan lagi potensi diri yang ada. 

Kecemerlangan akademik sahaja dilihat tidak cukup untuk meletakkan bakal siswazah ini di posisi yang memenuhi keperluan industri. 

Justeru, dengan adanya nilai tambah (added-value) sebegini, mereka mampu untuk terus berdaya saing dan mengembangkan potensi diri yang ada. 

Semoga lebih ramai pelajar akan dapat menceburi bidang rekreasi luar ini seterusnya membuka peluang untuk mereka terus berjaya sebagai Jurulatih dan Pakar bidang Rekreasi Luar di Malaysia. - KitaReporters/Kenyataa Media


Bersama barisan jurulatih yang terlibat sepanjang program ini

14
8
0
10
0
You will be interested

Mahasiswa Patriotik Keluarga Malaysia! Pinjaman PTPTN 100%! Pinjaman laptop! Kepada pelajar M4O M1!

Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) diadakan di setiap IPT mulai Oktober, pinjaman PTPTN kepada M40 M1 dinaikkan kepada 100 peratus, pinjaman laptop PTPTN

Editor 1 in Menara Gading 1 week ago

Tahniah! 54 pelatih Kor SUKSIS UniSZA tamat latihan! Terima sijil pentauliahan Inspektor Kor SUKSIS!

Seramai 54 pelatih (22 siswa, 32 siswi) Kor SUKSIS UniSZA berjaya tamat latihan dan terima sijil pentauliahan Inspektor Kor Sukarelawan Siswa dan Siswi (SUKSIS)
Mohammad Ishak in Menara Gading 3 days ago

50 tahun Masscom UiTM! Forever Young & Still Kicking! Graduannya serba boleh, semangat juang tinggi!

Fakulti komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) atau lebih dikenali sebagai Masscom UiTM Shah Alam sambut ulang tahunnya ke-50. Antara fakulti komunikasi terawal
Hariyati Ariffin in Menara Gading 5 days ago

Keputusan permohonan ke UA pada 25 Sept 2022! Bagi lepasan STPM dan setaraf! Semakan secara online!

\Pelajar-pelajar lepasan STPM 2021 atau yang setaraf dengannya boleh semak keputusan ke Universiti Awam (UA) bagi pengajian sesi 2022/2023 bermula 25 Sept 2022
Nur Sabrina Samsudin in Menara Gading 1 week ago

Majlis Anugerah Bakat MAPUM 2022 di UMT! Tahniah pemenang anugerah! Tahniah UUM rangkul 8 anugerah!

KPT untuk julung kalinya menganjurkan Majlis Anugerah Bakat MAPUM (MABMA) 2022 kepada warga kerja Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAPUM)
Nur Sabrina Samsudin in Menara Gading 1 week ago