Kampus & Pendidikan 27 Aug, 2023

Pertandingan kawad Perisai Panglima Tentera Darat 2023! 15 pasukan PALAPES universiti awam bersaing!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Pemeriksaan pakaian sebelum menyertai pertandingan kawad.

Pegawai kadet menjalani pemeriksaan pakaian.

Pertandingan Kawad Perisai Panglima Tentera Darat (PTD) disertai 15 Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes ke-41 yang berlangsung mulai 21 Ogos lalu hingga 9 September 2023.

Pasukan yang mengambil bahagian ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pasukan lain termasuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Pertandingan kawad bermula.
Membuat persiapan di padang kawad.

Penyertaan mereka ini ialah bagi merebut kejuaraan Perisai PTD untuk tahun 2023.

Setiap sesi lima pasukan akan menyertai pertandingan yang meliputi pemeriksaan pakaian dan lain-lain sebelum ujian kawad dijalankan. - KitaReporters


Gambar kenangan pasukan UKM.

Gambar kenangan pasukan UMPSA.

15
8
0
10
0
You will be interested