Kampus & Pendidikan 13 Oct, 2022

UPM turun padang jumpa Keluarga Malaysia! Program jalinan masyarakat di Jempol! Dekati penduduk!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


NAIB Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, kehadiran UPM pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Siri ke-10 ini adalah satu inisiatif yang bagus bagi pakar UPM berkongsi segala kepakaran yang ada kepada masyarakat setempat dan membantu mereka yang memerlukan

Pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkunjung ke Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan dari 7 hingga 9 Oktober lalu sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Siri ke-10.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspirasi Keluarga Malaysia




Perkhidmatan rawatan kesihatan oleh Hospital Pengajar UPM (HPUPM) diberikan secara percuma kepada penduduk Taman Serting Indah Jempol, dan rawatan kepada haiwan peliharaan oleh Fakulti Veterinar UPM.

“Program pengembangan universiti ini dilaksanakan secara perkongsian pintar bersama-sama PTJ lain di UPM dalam pelbagai kluster dan agensi setempat yang berkaitan,” katanya.




“Pada program ini juga, pakar UPM juga turun padang bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam program Outreach UPM-KPT di KRT Taman Serting Indah, Jempol, pada 8 hingga 9 Oktober 2022.

Tambahnya, semua yang hadir dapat melihat sendiri bas Pengembangan PUTRA adalah program jalinan masyarakat berasaskan khidmat nasihat dan rundingan untuk mendekati masyarakat secara langsung. - KitaReporters/UPM



15
14
0
5
0
You will be interested