Kampus & Pendidikan 09 Jan, 2024

Syumul, Taqwa dan Dinamik! Governan baharu di KUIPs! Tadbir urus jadi ejen transformasi! - Rektor

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: kuips.corpcomm@gmail.com

Share this

Dr Muhamad Rozaimi Ramle (dua dari kiri) bersama pengarah-pengarah baharu yang dilantik. - Gambar-gambar oleh: Azami Ramli.

Pelaksanaan Governan baharu, iaitu Syumul, Taqwa dan Dinamik, yang dilaksanakan pada 2024 ini bakal mentransformasikan warga Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). 

Rektornya Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, Inisiatif penstrukturan semula ini dibuat selepas penganjuran siri Management Retreat dan semakan semula Pelan Perniagaan dan Pelan Strategik KUIPs 2021-2025 pada Disember 2023 lalu.

“Hasil semakan pada peringkat pengurusan, kami menyedari keperluan pembangunan kerja holistik menerusi program bakat berprestasi tinggi bagi memperkasa imej KUIPs,” ujar beliau pada majlis Townhall Governan 2024 di Dewan Auditorium kolej ini.


Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle.


Penstrukturan ini dilihat lebih jelas dengan bidang tugas masing-masing di pusat, fakulti, jabatan, bahagian dan unit serta mengelakkan pertindihan fungsi dan boleh mengawal kos operasi agar sesuai dengan strategi pengoptimuman bajet operasi tahunan nanti.

Dr Muhamad Rozaimi menambah pelaksanaan governan baharu ini kelak akan membantu KUIPs dalam mewujudkan tadbir urus yang cekap, sistematik dan berintegriti dalam pentadbiran melalui pertukaran staf, pelantikan pegawai tadbir ke jawatan yang tinggi, sekali gus menunjukkan kepercayaan pihak pengurusan bahawa pentadbir mampu melaksanakan tugas-tugas yang sepatutnya dibuat oleh pentadbir dan bukannya staf akademik. 

Moga pengemaskinian dan pembaharuan organisasi ini dapat dilaksanakan seiring dengan perkembangan persekitaran semasa agar sistem penyampaian perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan nanti.


Mohd Hanif Mohammadan menerima watikah pelantikan pada majlis ini.

Pada majlis ini, Dr Muhamad Rozaimi turut mengumumkan struktur baharu dan menyampaikan watikah kepada 22 penjawat baharu.

Antara penjawat baharu yang menerima watikah pada majlis ini ialah Pusat Pengurusan Strategik dan Kualiti, Prof Madya Dr Bibi Noraini Mohd Yusuf; Pengarah Pusat Islam; Mohd Roesfan Sazzerin Mohd Sofi, Pengarah Jabatan Canselori; Muhammad Syazuwan Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelengaraan, Mohamad Adha Abd Rashid; Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat, Mohd Zaki Shahabuddin; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik, Mohd Husni Abdullah; dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Mohd Hanif Mohamadan. 

Penstrukturan baharu ini telah diluluskan melalui Mesyuarat kali ke-42 Lembaga Pengarah KUIPs yang bersidang pada 11 Disember 2023 dan berkuat kuasa pada 1 Januari 2024. - KitaReporters/KUIPs


Staf yang menghadiri majlis ini bergambar kenangan bersama Rektor.
11
15
0
9
0
You will be interested