Kampus & Pendidikan 24 Nov, 2024

Sejarah tercatat! KUIPS kini adalah Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ)!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulllail selaku Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) mengisytiharkan KUIPs kini dikenali dengan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).

Titah Tuanku pada Istiadat Konvokesyen ke-7 pada 23 November 2024, baginda menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT yang tidak terhingga kerana Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui surat bertarikh 15 November 2024 telah meluluskan pendaftaran KUIPs untuk dinaik taraf sebagai UniSIRAJ.


Baginda juga menzahirkan penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP), Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Pengurusan KUIPs serta seluruh warga KUIPs di atas pencapaian bersejarah ini.
‘Moga dengan pencapaian membanggakan ini diharap dapat meningkatkan lagi motivasi semua warga UniSIRAJ untuk bekerja dengan lebih keras lagi bagi menjayakan misi dan visi universiti ini,’ titah baginda kepada graduan dan ibu bapa yang hadir.


Istiadat Konvokesyen ke-7 ini juga mencatat sejarah apabila baginda menzahirkan semua graduan yang berkonvokesyen ini diistiharkan sebagai Alumni UniSIRAJ.
Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 837 graduan menerima Ijazah dan Diploma masing-masing.
Pada Istiadat Konvokesyen ke-7 kali ini juga Tuanku Canselor perkenan mengurniakan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Islam kepada Dato’ Mohd Hussain Yee.


Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 379 graduan (sidang satu) dari Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Fakulti Perniagaan dan Sainns Pengurusan, Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam dan Fakulti Pengajian Islam menerima Ijazah bagi tahun 2024, 2021 dan 2020. - KitaReporters/Kenyataan Media

13
12
0
13
0
You will be interested