Kampus & Pendidikan 23 Aug, 2024

Selamat datang Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy! Cendekiawan Islam dilantik jadi Pensyarah Pelawat USIM!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this

Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy


Seorang sarjana Islam, pakar teologi dan doktor perubatan dari Syria dilantik sebagai Pensyarah Pelawat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Profesor Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy, seorang cendekiawan dan penulis terkenal yang berpusat di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat dilantik sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang pengajian Islam dan peranan aktifnya dalam mempromosikan keamanan dan pendidikan di peringkat global. 

Profesor Dr. Muhammad Yahya memiliki ijazah Sarjana Muda (BA) dari Western Illinois University dalam bidang Mikrobiologi, Ijazah Doktor Perubatan (MD), dan PhD dari University of Georgia dan Universiti Al-Azhar dalam bidang Teologi dan Hadis.

Beliau adalah pengasas Madina Institute (Institut Madina) dan beberapa pusat pendidikan di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Norway, dan Afrika Selatan.

Madina Institute di Afrika Selatan merupakan sebuah universiti yang diiktiraf sepenuhnya yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda, Kepujian, dan Sarjana dalam Pengajian Islam.

Selain itu, beliau juga mengasaskan Madina Institute for Non-Violence and Peace Studies.



Dikenali sebagai seorang cendekiawan hadis yang berwibawa, Profesor Dr. Muhammad Yahya disenaraikan antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.

“Pelantikan beliau sebagai Pensyarah Pelawat di USIM akan memberikan sumbangan yang signifikan dalam membentuk hala tuju akademik dan penyelidikan di USIM, serta memperkukuhkan lagi peranan universiti dalam mempromosikan pendidikan Islam yang berkualiti dan bersepadu,” kata Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani.

“Kehadiran beliau akan membantu USIM untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam integrasi ilmu Naqli dan Aqli, sekaligus memperluas jaringan kerjasama akademik dan keterlihatan di peringkat global," ujarnya lagi.

Pelantikan tersebut disempurnakan oleh Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di Pejabat Menteri Pendidikan Tinggi, Putrajaya pada 1 Ogos 2024. - KitaReporters/Kenyataan Media

14
15
0
10
0
You will be interested