Kampus & Pendidikan 10 May, 2021

Program Petronas Padawan School of Hard Knocks (SoHK) UUM! Petronas bersedia kongsi kepakaran

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani (kiri) dan Rihanna Haryanti Mohd Ramli (kanan) di majlis  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Petronas dan UUM secara maya.


PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dengan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketua Kumpulan (Percukaian)  Petronas, Rihanna Haryanti Mohd Ramli berkata, perkongsian kolaborasi ini diharap memberi manfaat  kepada kedua-dua pihak.


Lagi laporan-laporan lengkap berkaitan UUM

Rihanna Haryanti Mohd Ramli.


"Harapan kami dengan kolaborasi ini dapat memberi peluang kepada pelajar tahun akhir khususnya untuk menimba kepakaran dan pengalaman daripada Petronas," katanya dalam ucapan sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Petronas dan UUM secara maya antara Naib Canselor UUM Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani pada 3 Mei 2021.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad Bashawir dalam ucapan beliau berkata, pemilihan Petronas ini tepat pada masanya bagi membantu meningkatkan aspirasi universiti ini untuk melahirkan siswazah yang bakal menjadi pemimpin masa depan selain daripada membantu memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

“Dengan termeterainya memorandum antara kedua-dua pihak, ia dilihat akan menjadi tonggak penting dalam meningkatkan lagi hubungan erat dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua institusi, terutama dalam bidang pengajian tinggi dan kerjaya siswazah,” ujar beliau lagi.


 

Dr. Ahmad Bashawir Hj. Abdul Ghani.


Dr. Ahmad Bashawir menambah antara objektif MoU tersebut adalah bagi meningkatkan pengembangan bakat lukusan UUM, Program Petronas Padawan di bawah School of Hard Knocks (SoHK), yang merupakan program yang dianjurkan oleh Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC). 

Melalui program ini pelajar yang terpilih akan dilatih secara langsung oleh pihak Petronas dalam pentadbiran, pembangunan akademik pelajar, penyelidikan serta sumber ilmiah nanti.

Majlis tandatangan yang diadakan secara maya itu turut dihadiri oleh pegawai-pegawai pengurusan tertinggi universiti. - KitaReporters


Dr. Ahmad Bashawir Hj. Abdul Ghani, Rihanna Haryanti Mohd Ramli dan pegawai pengurusan tertinggi yang menghadiri Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Petronas dan UUM secara maya.

4
0
0
0
0
You will be interested