Kampus & Pendidikan 10 Jan, 2022

Keluarga Malaysia: UTeM turun padang! Jayakan misi bantuan pascabanjir di Mentakab, Gemencheh!

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this


Program bantuan pascabanjir di Mentakab melibatkan Dr Noraini Ahmad (kiri) yang turun ke padang bersama sukarelawan menjayakan misi bantuan pascabanjir di Pahang itu.

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus komited menjayakan misi bantuan pasca banjir bagi  dua kawasan yang terlibat di Mentakab, Pahang dan Gemencheh, Negeri Sembilan.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata, UTeM menggerakkan seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada 40 orang mahasiswa dan mahasiswi dan 10 orang kakitangan bagi operasi pembersihan di dua kawasan berbeza secara dua hari berturut-turut.

Begitulah aspirasi konsep Keluarga Malaysia yang tanpa kenal letih atau jemu untuk turun padang membantu ahli keluarga yang terkesan dengan masalah dan kesusahan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan misi bantuan banjir


Prof Ir Dr Ghazali Omar (kanan) bersama  Dr. Sabri Mohamad Sharif sedang melakukan kerja pembersihan bersama sukarelawan UTeM yang lain di Taman Ixora, Mentakab.

Jelasnya, pasukan sukarelawan UTeM ini telah menjalankan kerja-kerja pembersihan perumahan dan kawasan jagaan kanak-kanak di Taman Ixora, Mentakab, Pahang bersama dengan pasukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Katanya, program di mentakat ini turut melibatkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang turun ke padang bersama sukarelawan menjayakan misi bantuan pascabanjir tersebut baru-baru ini.

“Hari berikutnya pula pasukan sukarelawan UTeM yang sama telah bergerak menjayakan misi pembersihan pascabanjir di Taman Pinggiran, Sungai Kelamah, Gemencheh, Negeri Sembilan pula” ujarnya.


Pasukan sukarelawan UTeM telah menggembeling tenaga membersihkan semula kawasan dan rumah mangsa banjir di Taman Pinggiran, Sungai Kelamah, Gemencheh.


Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif berkata, UTeM sentiasa cakna dan prihatin terhadap mangsa banjir.

Ujarnya, "sepanjang dua hari pelaksanaan program ini kami telah berjaya sempurnakan kerja-kerja pembersihan di dalam rumah dan di luar rumah mangsa banjir.

“Di samping itu kerja-kerja mengalih dan mengangkat perkakasan yang rosak untuk dibuang ke pusat pelupusan sampah turut dijalankan serentak agar kawasan berkenaan kembali sempurna dan memudahkan penduduk menjalani kehidupan seperti biasa.


Pasukan sukarelawan UTeM telah menggembeling tenaga membersihkan semula kawasan dan rumah mangsa banjir di Taman Pinggiran, Sungai Kelamah, Gemencheh, Negeri Sembilan.


“Kami juga bersama sukarelawan ini akan teruskan misi gotong royong dan pembersihan pascabanjir di  Melaka pula selepas ini,” tambahnya lagi.

Mengimbau keadaan di tempat bencana Dr Sabri berkata, "amat menyayat hati bila kita lihat keadaan kawasan terlibat mengalami kemusnahan harta benda melibatkan perabot, pakaian, peralatan elektrik dan elektronik serta kerosakan kenderaan.

"Semoga dengan bantuan pembersihan yang telah kami berikan ini dapatlah meringankan beban dan keperitan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir." - KitaReporters


UTeM menggerakkan seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada 40 orang penuntut dan 10 orang kakitangan bagi operasi pascabanjir di Mentakab, Pahang dan Gemencheh, Negeri Sembilan.

10
14
0
12
0
You will be interested