Kampus & Pendidikan 19 Feb, 2022

Video| Keluarga Malaysia sokong program Sulung! Pastikan keluarga B40 ada satu anak ke universiti!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



Pendidikan merupakan agenda yang penting bagi mengubah sesuatu keluarga, kaum dan sesuatu individu. Sejak dari merdeka kerajaan menjadikan pendidikan sebagai agenda utama. Walaupun kerajaan bertukar-tukar, tetapi pendidikan tetap menjadi agenda utama. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendidikan boleh membantu golongan B40, M40 dan juga masyarakat luar bandar.

"Dengan pendidikan, tanpa mengira latar belakang, anak penoreh getah pun boleh menjadi seorang perdana menteri dan anak tok penghulu boleh jadi menteri besar, berjaya hasil dari dasar yang jelas dari kerajaan untuk tingkatkan taraf pendidikan anak-anak bangsa. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



"Dengan pendidikan, tanpa mengira latar belakang, anak penoreh getah pun boleh menjadi seorang perdana menteri dan anak tok penghulu boleh jadi menteri besar, berjaya hasil daripada dasar yang jelas daripada kerajaan untuk tingkatkan taraf pendidikan anak-anak bangsa. 

"Penekanan kepada aspek pendidikan, termasuklah pendidikan tinggi perlu menjadi keutamaan, selari dengan nilai Keluarga Malaysia, iaitu menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga," tegasnya dalam ucapan sempena Karnival KPT Keluarga Malaysia di Dewan Seri Mahkota, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Batu Pahat, Johor pada 18 Februari 2022 lalu.



Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, Keluarga Malaysia menyokong Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia atau Sulung yang dijulung kali digerakkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Sulung akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke menara gading

"Program ini adalah unik kerana mereka bukan sahaja akan dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam, tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama, dan diberikan mentoring, sehinggalah mereka berjaya mendapat pekerjaan

"Menjadi harapan saya agar dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran B40, seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian.

"Kejayaan mereka ini nanti bukan sahaja memberikan motivasi kepada keluarga, tetapi juga kepada komuniti setempat," katanya dalam teks ucapan tersebut.

Sehubungan itu, tambah beliau, kerajaan mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program Sulung ini. 



Kerajaan, kata Perdana Menteri mengetengahkan nilai kebersamaan menerusi konsep Keluarga Malaysia dan dalam konteks pengajian tinggi nilai ini diterjemahkan menerusi pelbagai bentuk inisiatif. Ia bagi memastikan akses kepada pendidikan tinggi dapat dirasai semua lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan keluarga B40

"Selain menyediakan fasiliti pendidikan tinggi seperti universiti, politeknik dan kolej komuniti, kerajaan juga sedaya upaya memastikan pelajar-pelajar dapat mengikuti pengajian mereka dengan lebih selesa. 

"Ia dapat dilihat daripada pelbagai bantuan yang diberikan. Ia diterjemahkan seperti bantuan kewangan, bantuan pelan data dan peranti, pengurangan yuran, dan bantuan makanan dan sebagainya

'Bukan sahaja bantuan seperti kewangan, pelan data dan pengurangan yuran, malah kerajaan turut membantu memastikan para pelajar mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian nanti," jelas Ismail Sabri.



Perdana Menteri berkata, di bawah KPT misalnya, ada program peningkatan kerjaya seperti PENJANA KPT-CAP, PENJANA KPT-PACE, dan GetHired@KPT

"KPT turut bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO melaksanakan program MYFutureJobs. Apa yang pasti, program-program ini adalah berbentuk touch point dan bertujuan untuk menyantuni keperluan denyut nadi rakyat. 

"Seperti program MYFutureJobs. Berdasarkan rekod yang kita ada, sebanyak 63,990 jawatan kosong di negeri Johor ditawarkan melalui Portal MYFutureJobs. Untuk tempoh karnival ini sahaja, saya difahamkan lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan. 

"Justeru, saya menyeru semua yang hadir, untuk mengambil peluang ini, dan menguar-uarkan juga kepada saudara-mara di luar sana yang memerlukan pekerjaan. 

"Kerajaan berharap dengan adanya inisiatif-inisiatif seperti ini, ia akan membantu mengurangkan lagi kadar pengangguran di Malaysia kepada paras di bawah 4.2 peratus. 

"Tahniah diucapkan kepada KPT, kerajaan akan sentiasa menyokong segala inisiatif dan usaha KPT dalam membangunkan pendidikan dalam negara," kata Perdana Menteri lagi. - KitaReporters



10
14
0
15
0
You will be interested