Kampus & Pendidikan 05 May, 2022

USIM bangunkan arkib digital, pelihara lukisan sejarah! Jadi rujukan Islamik Urban + Heritage!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Oleh NOORUMAINA MOHAMED YUNUS


Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Geran Penyelidikan Fundamental Bagi Penyelidik Baharu (FRGS-RACER) bertajuk Model Perekodan Arkib Digital Rumah Warisan Bestari untuk Pemuliharaan Mampan, telah membangunkan laman web MICBAH Digital iaitu platform digital untuk mengakses lukisan dan dokumen daripada Kursus Lukisan Terukur serta bagi memastikan hasil kerja pensyarah dan pelajar seni bina FKAB dapat disimpan dengan baik secara digital dan memudahkan akses kepada pihak luar


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus USIM


Menurut LAr. Dr. Noor Hayati Ismail selaku Ketua Penyelidik Geran FRGS-RACER, kaedah penyimpanan lukisan secara konvensional menyulitkan pencarian maklumat, malah penyimpanan dokumentasi dalam bentuk salinan keras ataupun hardcopy sukar untuk disimpan lama kerana ia akan mudah rosak dan musnah. 

Walhal, koleksi khazanah dan data ini amat berharga kerana ia memerlukan kepakaran dan penelitian yang mendalam untuk menghasilkannya. 

“Justeru kaedah pendokumentasian secara digital ini adalah satu langkah ke hadapan untuk perekodan bahan sejarah dan warisan supaya ia tidak ‘hilang’ bersama keseniannya”. 



Beliau berkata lagi, MICBAH adalah kata akronim kepada Islamic Urban + Heritage. Nama ini diinspirasi dari perkataan MISBAH dalam bahasa Arab yang membawa maksud ‘lampu’

Misi kumpulan penyelidik MICBAH ini untuk meneroka, memberi konsultasi, dan bekerjasama dengan pelbagai agensi dan badan-badan berkaitan dalam membina kesedaran kepada masyarakat mengenai bidang Islamik Urban + Heritage dengan pimpinan petunjuk dan cahaya dari al-Quran dan sunah. 

“Lukisan terukur yang dilaksanakan ini adalah melalui kerja-kerja amali seperti mengukur, merekod dan mendokumentasikan bangunan warisan dalam bentuk lukisan terukur, animasi, lukisan persembahan, model, photobook (buku foto) dan laporan kajian. 

"Antara lukisan yang telah didokumentasi secara digital adalah Istana Lama Seri Menanti, Masjid Lama Kuala Serdang, Rumah Traditional Dato Klana Petra dan Hajah Rohani, dan Rumah Kedai Jalan Terentang Negeri Sembilan," ujarnya lagi. 



Pelancaran Laman Web MICBAH Digital ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin. Turut hadir Rosrita Mohamad Nordin mewakili Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Dalam majlis yang sama turut diadakan pertukaran Surat Hasrat (LOI) dari Balai Seni Wanpo yang diwakili Wan Nurkamar Rahmatullah Wan Mustafa. - KitaReporters


16
10
0
14
0
You will be interested