Kampus & Pendidikan 17 Aug, 2024

Syabas UPSI! Persidangan Antarabangsa Inovasi dan Teknologi Bahasa Arab pertama! Kongsi kepakaran!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UPSI.


PERSIDANGAN Antarabangsa Inovasi dan Teknologi Bahasa Arab (PInTAr) kali pertama (PInTAr 01) yang bakal menjadi platform membincangkan penyelidikan dan inovasi berkaitan bahasa Arab di negara ini dan antarabangsa akan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober 2024.

Persidangan anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak itu diadakan dengan kerjasama Consortium of Asia-Pacific Education Universities (CAPEU), Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) dan Universitas Negeri Semarang (UNNES).

Pengarah Programnya, Dr Nazri Atoh, berkata persidangan itu diadakan bertujuan mengumpulkan penyelidik, saintis dan pelajar untuk bertukar-tukar serta berkongsi pengalaman, idea baharu di samping hasil penyelidikan mereka mengenai semua aspek bahasa Arab.  

Menurut beliau, persidangan itu juga bertujuan untuk membincangkan cabaran praktikal yang dihadapi dan penyelesaian yang boleh diterima pakai. 



Menurut Dr Nazri, persidangan itu juga bertujuan untuk membincangkan cabaran praktikal yang dihadapi dan penyelesaian yang boleh diterima pakai.

“Terdapat tiga tema utama yang akan dibincangkan dalam persidangan kali ini iaitu Inovasi dan Teknologi dalam Bahasa Arab, Kajian Penyelidikan Linguistik Arab dan Kesusasteraan Arab.

“Persidangan ini akan menjadi satu platform yang ideal untuk sarjana berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai tiga perkara tersebut. 

“Persidangan ini akan diadakan pada setiap tahun namun UPSI mendapat penghormatan sebagai tuan rumah yang pertama bagi persidangan 2024,” katanya lagi.  

Antara panel pembentang kerja ialah Dr Elsayed Makki (UPSI), Dr Taj Rijal (UPSI), Prof Dr Saipolbarin (UPSI), Prof Emad Abdul Latif (Qatar University), Prof Dr Yayan Nurbayan (Purwakarta Campus, Indonesia) dan Prof Dr Abdul Hafidz (UNIDA Gontor, Indonesia). 


 

Pengarah PInTAr 01, Dr Nazri Atoh.


Tambah beliau, tarikh akhir pendaftaran, penghantaran video dan kertas kerja penuh dibuka sehingga 19 September 2024.

Peserta yang berminat untuk menyertai persidangan itu boleh menghubungi Dr Nazri Atoh menerusi nombor telefon (+6013-2582476) atau Dr Maskanatul Fiqiyah (+6017-6169498).

“Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai persidangan ini peserta boleh e-melkan kepada [email protected],” katanya. - KitaReporters

15
9
0
13
0
You will be interested