Kampus & Pendidikan 17 Feb, 2023

Tahniah UUM! Rai hari pengasasan ke-39! Anjur majlis bacaan Yasin dan tahlil! Semoga terus berjaya!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

SEMPENA Hari Pengasasan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ke-39 Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Shahimi Mohtar bersama Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), Dekan-dekan Pusat Pengajian, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab, Pengurus-pengurus, Pengetua-pengetua Inapan Siswa (Inasis), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), staf dan pelajar menyertai bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Sultan Badlishah di kampus UUM pada 16 Februari 2023. 

Dr. Shahimi dalam ucapannya memanjatkan doa agar universiti ini terus mencapai kejayaan seperti yang telah dirancang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hari ulang tahun

Sebahagian pelajar dan staf yang hadir.

“Kita bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana  dengan kurnianya universiti yang berusia 39 tahun ini telah mencapai pelbagai kecemerlangan dan pencapaian.

"Pastinya sebagai seorang Muslim kita yakin dan  bersyukur dengan kurniaan Allah SWT  sehingga kini," katanya lagi.

Dr. Shahimi berkata, dalam meraikan ulang tahun ini pastinya jasa dan sumbangan mereka yang terdahulu juga tidak dilupakan dalam menyumbang idea yang bernas serta menggembleng tenaga dan harta mereka bagi melihat kejayaan universiti ini. 

Manakala semua warga universiti pula diajak manfaatkan kecemerlangan di menara gading  ini dengan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. 

"Moto Ilmu, Budi dan Bakti merupakan komitmen bersama sejak 39 tahun lalu yang kita dukungi sehingga kini.

Oleh itu berkhidmatlah dengan penuh semangat dan mengamalkan kerja secara berpasukan, teratur dan berganding bahu ke arah menabur bakti kepada rakyat dan negara ini," tambahnya.
Solat Zohor secara berjemaah selepas bacaan yasin dan tahlil.

"Moga dengan penganjuran majlis bacaan Yasin dan tahlil ini dapat menanamkan semangat kesyukuran dan pengharapan yang tinggi kepada Allah SWT dan mudah-mudahan UUM akan terus dilimpahi keberkatan dan kebaikan yang berpanjangan serta terus sejahtera dengan rahmat Allah Yang Maha Esa.
"Sesungguhnya majlis tahunan ini diadakan bagi memanjatkan doa bersempena Ulang Tahun Hari Pengasasan ini agar kita dapat mensyukuri pencapaian terdahulu dan merencana perancangan yang lebih baik pada masa akan datang," jelasnya. - KitaReporters


Prof Dr Shahimi (baju biru muda) bersama Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) memotong kek selepas bacaan yasin dan tahlil sempena sambutan ulang tahun UUM ke-39

15
16
0
11
0
You will be interested