Kampus & Pendidikan 04 Dec, 2023

Bengkel Kewartawanan: Next to be Journalist! Gilap potensi bakal wartawan dalam kalangan pelajar USIM!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


Seramai 31 orang peserta dari pelbagai fakulti menghadiri ‘Bengkel Kewartawanan: Next to be Journalist’ yang disampaikan oleh Dr Siti Suriani Othman, pensyarah dari Fakulti Kepimpinan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bertempat di Bilik Seminar, Perpustakaan USIM.

Program anjuran Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) ini, para peserta didedahkan dengan tiga pendekatan iaitu teori kewartawanan, kaedah penulisan berita dan penyampaian berita dalam usaha melatih para peserta yang ingin menceburi bidang kewartawanan. 

“Nasihat saya untuk mahasiswa yang berminat dalam bidang kewartawanan adalah mereka perlu mempunyai kemahiran yang penting seperti pandai berkomunikasi dengan masyarakat dan mereka juga perlu mengetahui kesesuaian profesion dengan personaliti diri,” ujar Dr. Suriani.

Beliau juga berharap bengkel ini mampu memberi tahap motivasi yang tinggi kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran penulisan berita dan menyedari akan nilai kepentingan bidang kewartawanan ini.



Sementara itu, Nurul Athirah Juliana Jaafar, Timbalan Pengarah Program berkata, objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk mencungkil dan menggilap bakat mahasiswa USIM khususnya mahasiswa FPBU dalam bidang kewartawanan.

Salah seorang peserta bengkel saudari Wardah Rahim menyatakan bahawa beliau berasa teruja untuk mempelajari ciri-ciri seorang wartawan serta mendapatkan ilmu daripada penceramah yang berpengetahuan tinggi dalam bidang ini. - KitaReporters/USIM

 

20
15
0
8
0
You will be interested