Kampus & Pendidikan 27 Sep, 2023

Hebat! Majlis Konvokesyen UIS ke-26 catat sejarah! Konvo pertama selepas dinaik taraf jadi universiti!

@roslan ibrahim
Meminati penulisan sejak di bangku sekolah. Selepas STPM, menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di UiTM. Menjalani latihan praktikal di Utusan Malaysia selama 6 bulan, Wartawan Mingguan Kota, Majalah Ibu, Berita Harian dan Harian Metro. Selepas berhenti dari HM, menyertai NGO, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) dan IKRAM. Kini bersama KitaReporter sejak September 2023. E-mel: roslan_616@yahoo.com

Share this

.

Majlis Konvokesyen UIS ke-26 mencatat sejarah sebagai majlis konvo pertama diadakan sejak pusat pengajian tinggi itu dinaik taraf sebagai unversiti pada Julai 2023.


UNIVERSITI  Islam Selangor (UIS) melakar sejarah apabila mengadakan Majlis Konvokesyen kali ke-26 buat julung kali selepas dinaik taraf sebagai universiti pada Julai 2023 lalu. Konvo yang bermula 23 hingga 26 September 2023 meraikan 2,511 graduan dalam pelbagai jurusan pengajian.

Daripada 2,511 graduan yang diraikan, seramai 10 graduan akan menerima ijazah kedoktoran (PhD), Sarjana (18), Sarjana Muda (1,395) dan Diploma (1,088). 

 Sejak 1998 hingga 2023, UIS melahirkan seramai 29,876 graduan dalam pelbagai bidang pengajian, pencapaian membanggakan sebagai sebuah universiti yang baharu.


Bakal dai dan ulama profesional yang dilahirkan UIS bagi mengisi pembangunan insaniah dan ekonomi di negara ini.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari menyempurnakan sesi ketiga konvokesyen. 

Pada sidang itu, sejumlah 332 graduan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Pengajian Peradaban Islam dan 80 graduan dari Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran diraikan. 

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UCSI, Prof. Datuk. Dr. Rohana Yusof dan Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa UniKL, Prof. Madya Dr. Tuan Salwani Salleh..

Amiruddin yakin UIS mempunyai potensi berkembang menjadi antara universiti yang terbaik selepas dinaik taraf sebagai universiti pada 20 Julai 2023 lalu. 

 "Usaha itu boleh dicapai dengan meningkatkan usaha penyelidikan, penerbitan jurnal bertaraf serantau dan membina rangkaian dengan universiti ternama. 

“Kejayaan sesebuah universiti turut bergantung kepada keupayaan melahirkan graduan yang berinovasi dan kreatif untuk mencipta pekerjaan dan bukan semata-mata melahirkan graduan yang mencari pekerjaan,” katanya.


.

Graduan siswa berbangga menunjukkan ijazah yang mereka terima di Majlis Konvokesyen UIS ke-26.


Sementara itu, sidang ke-6 Majlis Konvokesyen UIS disempurnakan oleh Naib Canselor UIS, Datuk Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah yang meraikan sejumlah 322 graduan Diploma daripada Fakulti Pengurusan dan Muamalah. 

Beliau gembira dengan pencapaian UIS yang dinaik taraf sebagai sebuah universiti sejak konvokesyen pertama pada 1998. "Pengiktirafan ini akan membawa UIS menjadi sebuah universiti yang gemilang dalam melahirkan dai, ulama dan umarak selari dengan penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan al-Quran serta al-Sunah. 

"UIS akan terus membentuk dan mendidik generasi ummah menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan berteraskan ilmu naqli dan aqli, berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang dalam menghadapi cabaran zaman," katanya. Dalam perkembangan yang sama, pelbagai program telah diaturkan sempena majlis konvokesyen, antaranya pesta ekstival, pertandingan sukan, jualan makanan dan pesta kebudayaan. - KitaReporters


19
8
0
11
0
You will be interested