Kehebatan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui kemajuan ekonominya, tetapi juga melalui mutu pendidikan dan sistem kesihatan yang unggul.

"Negara yang hebat ialah negara yang berilmu, berperikemanusiaan dan penuh ihsan bagi memastikan setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang, tidak tersisih daripada peluang mendapat pendidikan dan rawatan kesihatan yang berkualiti.
"Atas asas itu, kerajaan memberi tumpuan besar kepada dua teras utama dalam belanjawan negara yakni pendidikan dan kesihatan sebagai landasan utama agenda perubahan dan pembangunan Malaysia," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menjelaskan demikian sewaktu berucap melancarkan Kolej Universiti IJN (IJNUC) di Kuala Lumpur pada Selas, 4 November 2025.

Kolej Institut Jantung Negara (Kolej IJN) atau IJN College telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti IJN atau singkatannya (IJNUC), selepas mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 13 Mei 2025.
Menurut Perdana Menteri, Kolej Universiti IJN melambangkan sinergi terbaik antara kepakaran pendidikan dan perubatan negara.
"Saya IJNUC bakal melahirkan generasi baharu profesional kesihatan yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu, tetapi juga tinggi nilai empati dan ihsan dalam khidmat kepada rakyat," tegas beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media

