Kampus & Pendidikan 19 Oct, 2025

Jom connect! Program Career Connect @ Politeknik Ungku Omar 2025! Meterai LoI dengan 8 organisasi!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Program Career Connect @ PUO 2025 berjaya menarik penyertaan dengan kehadiran lebih 1000 orang pelajar yang menyertai pelbagai aktiviti yang terdiri daripada bengkel minda sihat, sesi seminar dan sesi temu duga terbuka di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh.


Sebahagian agensi dan syarikat yang menyertai pameran menjadi tumpuan pelajar pada Career Connect @ PUO 2025.


Majlis perasmian program itu turut menjadi platform bagi pelancaran Bulan Kaunseling peringkat PUO 2025 dan sesi Menandatangani Surat Hasrat yang melibatkan lapan organisasi.

Surat hasrat (LOI) adalah dokumen kolaborasi PUO bersama syarikat/agensi yang merangkumi penempatan latihan industri/pekerjaan, latihan staf, kajian penyelidikan, dan perkongsian peralatan serta perkongsian ilmu PUO bersama syarikat dan agensi.

Pengarah Politeknik Ungku Omar, Dr Salmi Che Meh dalam ucapan pada majlis itu berkata, program sebegini menyediakan peluang kepada pelajar dan graduan PUO berinteraksi secara langsung dengan wakil industri dan menambah rangkaian profesional mereka.

“Program ini juga bertindak sebagai platform bagi PUO mengeratkan hubungan kerjasama PUO bersama industri dan komuniti setempat,” katanya.


Sebahagian lapan syarikat yang memandatangani surat hasat (LOI) di Politenik Ungku Omar pada 8 Oktober 2025 lalu.

Lapan organisasi yang menandatangani LoI itu ialah International Cultural Communication Center Malaysia; Barakah Systems Sdn. Bhd.; Association of Chartered Certified Accountants;  Kopetro Food Sdn. Bhd.; Proweld Training Centre Sdn. Bhd.; Crescent Gear Solution Sdn. Bhd.; Universitas Dian Nusantara; dan Hande (Malaysia) Sdn. Bhd.

Manakala 29 syarikat dan agensi menyertai pameran dan sesi temu duga. Antaranya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK);  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK); Yayasan Kebajikan Negara;  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Perak Society For Promotion Mental Health. - KitaReporters


Sebahagian tetamu dan pelajar yang hadir pada Program Career Connect @ PUO 2025.

14
11
0
15
0
You will be interested