Kampus & Pendidikan 18 May, 2023

Terima kasih Bursa Malaysia! Bantu pelajar UUM mantapkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris Perniagaan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

A.A. Deepa berbual dengan pelajar yang menyertai program Super Circle English.

Penguasaan Bahasa Inggeris Perniagaan yang menjadi bahasa komunikasi antarabangsa dunia korporat  amat penting bagi memperoleh akses kepada maklumat dan pengetahuan perniagaan khususnya dalam era globalisasi yang berdaya saing masa kini.

Menyedari hakikat itu Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan Bursa Malaysia menganjurkan program Super Circle English yang dilaksanakan oleh Kursi Bursa Malaysia SEFB di Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 16 Mei 2023.


Prof Dr Russayani Ismail

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Russayani Ismail dalam ucapan perasmiannya berkata, penguasaan bahasa Inggeris adalah perlu bagi nilai tambah yang lebih tinggi, sekali gus membolehkah negara bergerak pantas ke arah mencapai ekonomi pengetahuan dengan pendapatan yang lebih baik.

“Pembelajaran bahasa Inggeris dilihat sukar tetapi amat perlu khususnya dalam berkomunikasi sama ada bagi perbincangan dan berinteraksi samada dalam pembelajaran ataupun berkomunikasi,” jelasnya lagi.

Dalam konteks penganjuran program ini beliau turut berterima kasih kepada Naib Presiden Kanan (Pendidikan), A. A. Deepa dari Bursa Malaysia kerana meneruskan peranan dalam program yang mengabungkan aktiviti penyelidikan yang berimpak tinggi, inklusif, penerbitan, latihan, seminar dan wacana akademik khususnya dalam bidang kewangan seperti yang dianjurkan sebelum ini.


 A. A. Deepa dari Bursa Malaysia 


Sementara itu Dekan SEFB , Prof Madya Dr Bakti Hasan Basri dalam ucapan aluannya berkata, lebih 150 pelajar UUM telah mendaftarkan diri sebagai peserta program dan lebih 30 orang pelajar telah mendaftar sebagai mentor di mana mentor telah menjalani temu duga bersama pensyarah secara dalam talian.

“Seramai 15 orang mentor yang terdiri dari pelajar SEFB, Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA), School of International Studies (SoIS) dan School Of Business Management (SBM) yang berkelayakan telah dipilih dan telah menghadiri kursus latihan modul selama dua hari di Hotel EDC pada 12 dan 13 Mei 2023 lalu sebelum kita menjemput mereka untuk menyertai program ini,” ujarnya lagi.


Peserta mengambil kesempatan bergambar pada majlis itu

Program yang dirasmikan ini akan dijalankan secara berterusan dan akan dibahagikan kepada 15 kumpulan masing-masing terdiri daripada 10 ahlinya.

Bagi menyelaraskan program ini tiga pensyarah juga telah dilantik iaitu Dr Adilah Azhari, Dr Lu Ming Pey dan Dr Fikriyah Abdullah.

Program yang akan dijalankan selama 10 minggu ini meliputi 10 modul latihan dan setiap kumpulan boleh memilih masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti mereka. 

Daripada 10 modul pula terdapat tiga modul yang melibatkan penglibatan staf Bursa Malaysia yang akan berkongsi ilmu pelaburan bersama peserta dan akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris nanti.

Moga matlamat program ini untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di samping menambah ilmu pengetahuan  di dalam ilmu asas pelaburan dalam kalangan peserta dapat mencapai objektifnya nanti. - KitaReporters


Para peserta bergambar kenangan selepas majlis perasmian

13
17
0
11
0
You will be interested