Kampus & Pendidikan 18 Feb, 2023

Syabas UMK! Universiti pertama perkenal Menu Rahmah buat pelajar! Di kampus Bachok, Kota dan Jeli!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) menjadi institut pengajian awam pertama di negara memperkenal Menu Rahmah bagi meringankan beban kos sara hidup para pelajarnya.

Naib Cancelornya, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, program tersebut disediakan buat seluruh pelajarnya di tiga buah kampus iaitu Kampus Bachok, Kampus Kota dan Kampus Jeli dengan harga yang berpatutan serendah RM4.90 dengan makanan yang berkualiti.


Lagi certa-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UMK


“UMK akan memperkenal set Menu Rahmah pada harga RM4.90 di enam kafeteria melibatkan UMK Kampus Kota, Kampus Bachok dan Kampus Jeli bagi membantu menangani kos sara hidup siswa berikutan peningkatan harga barangan serta kos bahan mentah. 

“Program Menu Rahmah ini melibatkan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam pada harga RM4.90 dan ke bawah yang menepati kualiti, cita rasa dan kuantiti makanan yang bersesuaian.

“Pendekatan ini merupakan usaha UMK dalam membantu kesemua siswa khususnya daripada keluarga yang berpendapatan rendah (B40). Program ini akan memberi banyak manfaat kepada pelajar  dan kami berharap inisiatif ini dapat membantu mereka mengurangkan kos bebanan hidup,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook UMK.

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial yang kebanyakan terdiri daripada pelajar melahirkan rasa syukur di atas keprihatinan pihak universiti itu untuk meringankan beban para pelajar yang turut terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.



“Alhamdulillah tahniah. Rezeki para pelajar. Boleh belajar dengan tenang selepas ini,” ujar Hasimah Ali.

“Harap siswa/siswi tidak makan maggi lagi selepas ini,” kata Najid Ismail.

“Terbaik, teruskan, sangat membantu keluarga B40,” tulis Adamiyaa Irsya. - KitaReporters


10
8
0
12
0
You will be interested