OSCAR bertemu Hati (heart) di London School Business and Finance (LSBF) Malaysia College, di Jalan Lekiu Kuala Lumpur sebagai peneman pelajar yang akan memulakan pengajian Oktober 2024.
Haiwan kesayangan Nabi Muhmmad SAW itu dipilih kerana sifatnya yang menyenangkan jiwa dan pembersih serta sangat manja untuk membawa keceriaan, kemesraan dan tenaga positif pada seisi rumah.
Mereka bertemu bukan untuk sambung pengajian tapi lebih daripada itu, peranannya.
Pasangan ini akan menjadi guru terapi dan haiwan kemanjaan pelajar yang akan menghabiskan masa mereka dua tiga atau empat tahun di Kuala Lumpur.
Mereka sepasang kucing bulu pendek British (BSH) yang akan menjadi peneman kepada pelajar yang dengan mengalu-alukan kedatangan penghuni baru LSBF Malaysia College yang perasmiannya dilancarkan pada 25 September 2024 lalu oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ts Mustapha Sakmud.
Baru berusia dalam lingkungan setahun lebih, Oscar @ "spear of the gods" jika diberi makna dalam bahasa Greek dan Hati pula diterjemankan daripada perkataan Heart.
Kata pengacara majlis, Lady Sunshine kucing berkenaan ditempatkan dalam rumah kaca untuk memudahkan pengunjung berinterksi.
Kemudahan kereta api laju.
"Pemilihan nama kucing jantan sebagai wira dan Hati ini sebagai simbol kerjasama LBSF dengan kerajaan dalam memperkembang pendidikan bertaraf global kepada pelajar bukan saja dari Asia Tenggara tetapi juga pelosok dunia." katanya.
Kampus baru LSBF itu juga terletak di tengah jantung ibu negara, pusat perniagaan dan kewangan setaraf dengan kampus induknya di tengah Kota London mahu mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar dalam pelbagai peringkat pengajian sebaik saja programnya ditawarkan.
Sebaik saja dilancarkan kampus di Malaysia, LSBF College Malaysia menawarkan biasiswa penuh dengan peruntukan RM5 juta kepada 200 pelajar dari keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian.
Bagi Opah, rebutlah peluang begini kerana tidak banyak pusat pengajian melihat kebolehpintaran pelajar daripada keluarga itu begitu banyak peluang menerpa nama dalam bidang pendididkan.
Sepanjang menyaksikan perasmikan kampus itu, terasa betapa Datuk Ts Mustapha memberitahu dia mahu berkongsi rasa gembira dengan perkembangan itu kerana dia sendiri pernah belajar di Scotland.
"Kita sangat mengalu-alukan kedatangan LSBF untuk membantu kerajaan memancu pendidikan dan berharap kemasukan pusat pengajian antarabangsa ini akan mempercepat usaha kita menjadikan Malaysia Hab Pendidikan Asia Tenggara dan pusat melahirkan pemimpin hebat masa depan.
Sejak LSBF ini dibuka 21 tahun lalu, sudah melahirkan 38,000 pelajar dalam pelbagai bidang dan kelayakan profesional.
Sebab itu, LBSF kemudian mengembangkan cawangannya di Singapura yang kemudian muncul sebagai pusat pengajian terbaik dalam bidang akauntasi dan hospitaliti & pelancongan. Malah mereka turut menerima anugerah khas, Asia Enterprise Brand.
Rupa-rupanya kehidupan masyarakat Malaysia yang ada campuran budaya Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak menjadi modal kepada LSBF untuk bertapak di sini.
Sebagaimana kata Ketua Eksekutif, LSBF Global, Rathakrishnan Govind, mereka kagum bila lihat cara hidup harmoni, kos belanja yang sederhana, selesa, selamat dan layanan mesra menarik mereka ke mari.
Pengerusi Lembaga Pengarah LSBF, Alan Diaz, menyifatkan baloi untuk dia menaiki penerbangan selama 24 jam untuk ke Malaysia.
Sudah tiga tahun mereka mahu membuka cawangan di Malaysia dan bangunan yang dimiliki itu daripada ketika mula-mula dia sampai sebelum ini dan tempoh diubah suai, hasilnya sangat menakjubkan.
Berita sangat baik bila Opah meninjau pusat pengajian itu, kampus itu memang sangat "meriah" sebab berdekatan dengan segala kemudian.
Daripada restoran yang ada "class" hinggakan gerai makan serbanika cita rasa dan rangkaian makanan segera juga ada di sebelah menyebelah.
Malah di situ juga ada kolej terkenal di negara ini yang akan membolehkan pelajar membina rangkaian persahabatan untuk kerjaya masa depan.
Ada perkhidmatan kereta api laju ringan, ada laluan pejalan kaki, laluan untuk berbasikal kepada pelajar dan orang ramai. Nampaknya segala kemudahan yang diperlukan semua tersedia di depan mata.
Apalagi ayuhh sertai kampus terbaru LSBF untuk menjana kejayaan dengan belajar di tempat yang sangat selesa, berteknologi tinggi, sistem akademik bertaraf antarabangsa, latihan kepimpinan masa depan.
Dan tidak lupa juga, sesekali bermanja-manja dengan Oscar dan Hati yang menunggu di sana. - KitaReporters