Kampus & Pendidikan 23 Nov, 2024

Demi arwah adik kandung! Kakak sulung hadir Majlis Konvokesyen UiTM yang Ke-100! Untuk terima ijazah!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Hadir bagi pihak adik tersayang, Nur Hafizah Hassan mewakili Muhammad Ariff Aiman Hassan, untuk menerima segulung ijazah di atas pentas ketika Majlis Konvokesyen UiTM yang Ke-100. 

Allahyarham Muhammad Ariff Aiman merupakan graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. 

Dilahirkan pada 9 Ogos 2000 di Kuantan, Pahang, kakak sulung Allahyarham berkongsi mengenai latar belakang dan sifat adiknya bongsunya.

“Saya anak sulung dan dia anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Jarak umur kami 14 tahun. 

"Sayalah yang bagi nama dia, pilih nama dia, tolong tulis dan isi borang sijil kelahiran dia. Saya datang hari ini pun sebab saya fikir penat lelah dia belajar dapatkan ijazah ni,” jelas Nur Hafizah.

Menurutnya lagi, adiknya seorang yang sangat rajin dan menjadi harapan seluruh ahli keluarga.

“Adik saya masa cuti semester selalu kerja sambilan berniaga di pasar malam, pernah buat Food Panda. 

"Dia lah satu-satunya anak lelaki dalam adik beradik kami. Dia harapan keluarga, rajin bantu keluarga. Kami mengharapkan adik untuk menyara keluarga,” ujarnya.



Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir pada 10 April 2024 akibat jangkitan serius di leher.

“Adik tak ada tunjuk pun apa-apa tanda sebelum meninggal. Masa minggu kedua puasa tu, dia cuma mengadu sakit kepala. 

"Cek dekat hospital, Dr tak jumpa apa-apa penyakit. Pernah cuba nak berubat cara tradisional di kampung, tapi disebabkan masa tu bulan Ramadan, ustaz tak terima mengubat orang. 

"Kami bawa berubat kat sekitar Kuantan je sebab tempoh masa tu sekejap sangat. Lepas tu 1 Syawal dia meninggal,” katanya. 

“Masa dah buat post-mortem tu baru jumpa yang ada jangkitan kuman di leher,” sambungnya lagi. 

Difahamkan, Muhammad Ariff seorang yang ceria dan mempunyai semangat yang positif. 

Budi pekertinya yang baik, mudah mesra dan suka membantu orang lain menjadikan dirinya disayangi keluarga dan rakan-rakannya. 

Allahyarham seringkali berusaha meringankan beban keluarga tidak kira dalam situasi apa sekalipun. Semua ahli keluarga ada bersamanya pada saat terakhir. 



Semoga Muhammad Ariff Aiman Hassan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diberikan ketabahan serta kekuatan buat ahli keluarganya. - KitaReporters/Kenyataan Media

8
6
1
13
0
You will be interested