Kampus & Pendidikan 04 Jan, 2022

110 pelajar baharu UUMKL! Ikuti taklimat pendaftaran online! Termasuk 10 pelajar antarabangsa!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this


SERAMAI 110 pelajar baharu semester DC212 yang menerima tawaran pengajian di UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah mengikuti taklimat pendaftaran secara dalam talian (online) sepenuhnya pada 2 Januari 2022.

Jumlah pelajar tersebut merangkumi 10 pelajar antarabangsa dari Nigeria, Bangladesh, Myanmar, China, Kanada dan Somalia. 

Antara program ditawarkan, Sarjana Pengurusan Sumber Manusia, Sarjana Sains (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam, Sarjana Sains (Teknologi Maklumat), Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan), Sarjana Pengurusan Awam, Sarjana Undang-undang dan Sarjana Sains (Perniagaan Antarabangsa)


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM


Sesi taklimat secara dalam talian.


Provos, Prof Dr Hassan Abu Bakar berkata, UUMKL sentiasa terbuka menerima cadangan penambahbaikan dan akan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.

"Pihak pengurusan juga melihat kepentingan untuk mengadakan sesi pertemuan dan penerangan bersama pelajar walaupun secara dalam talian dan berharap agar program secara bersemuka dapat dijalankan setelah berakhir pandemik Covid-19," katanya.


Provos UUMKL ,Prof Dr Hassan Abu Bakar. 


Seterusnya, pelajar diberikan taklimat tentang hal ehwal akademik dan hal ehwal pelajar, tatacara mengakses portal, prosedur pendaftaran kursus dan penggunaan khidmat perpustakaan secara dalam talian.

Turut diadakan taklimat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada sesi akhir program yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Cawangan PTPTN Kuala Lumpur. - KitaReporters



Prof. Madya Dr. Norlena Hasnan (Dekan Hal Ehwal Akademik UUM Kampus KL)
Prof. Madya Dr. Nik Adzrieman Abdul Rahman (Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UUM Kampus KL)

11
13
0
8
0
You will be interested