Menara Gading 02 Jan, 2021

YaPEIM agih dana Inspirasiku kepada UMT! Bantu persediaan pelajar daripada keluarga B40 ke IPT

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)  menerusi inisiatif terbaharu dengan mewujudkan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) menyasarkan kutipan dana sehingga RM40 juta bertujuan membantu meningkatkan keupayaan para pelajar serta membantu keluarga B40 yang menghadapi masalah khususnya dalam membiayai urusan persediaan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan sesi persekolahan. : KitaReporters


Dr Zulkifli Mohamad (dua dari kiri) menyerahkan replika cek Dana Inspirasi Malaysia kepada wakil Universiti Malaysia Terengganu (UMT). - Kredit foto: Unit Media UMT


Lagi cerita-cerita berkaitan Dr Zulkifli:

https://kitareporters.com/search?search=Dr+Zulkifli


Menerusi program itu dijangkakan seramai 40,000 pelajar akan menerima bantuan sehingga RM500 bagi pelajar sekolah dan RM1,000 bagi seorang pelajar IPT. 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sebagai tanda komitmen YaPEIM dalam menyantuni dan memperjuangkan nasib pelajar dalam kalangan B40 ini, YaPEIM juga telah memperuntukkan dana awal berjumlah RM1 juta daripada sumber Tabung Amanah YaPEIM. 

Menurutnya, sehingga kini bantuan persekolahan YaPEIM telah menyantuni 52,745 keluarga (99,469 orang anak) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.85 Juta manakala bagi bantuan IPT seramai 12,743 orang pelajar telah menerima manfaat dengan peruntukan sebanyak RM6.37 Juta. 

“Alhamdulillah pada Rabu 30 Disember 2020 YaPEIM dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memberikan sumbangan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) kepada 680 orang pelajar dengan keseluruhan sumbangan bernilai RM340,000,” kata beliau sempena pelancaran Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) dan pelancaran buku Ulul Albab, Menyingkap Keajaiban Islam. 



Kata Dr Zulkifli, sumbangan adalah berbentuk wang tunai yang disalurkan ke akaun universiti bagi membayar yuran pengajian dan keperlu-keperluan lain. 

Dalam pada itu, Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar, merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak YaPEim di atas hubungan dan kerjasama yang sangat erat bersama UMT dalam  menangani isu kebajikan pelajar selama ini. 

Tambahnya lagi Program Cakna kebolehpasaran graduan (GE) melalui Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) adalah program kolaborasi dengan Koperasi YaPEIM Berhad.


Sesi penyerahan Dana Inspirasi Malaysia kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


“Program ini bertujuan melatih 47 orang pelajar UMT di Pusat Gadaian Ar-Rahnu dan mereka didedahkan dengan sistem gadaian Islam. Setelah selesai latihan, seramai 41 orang pelajar telah dipilih untuk memegang jawatan sebagai Pembantu Eksekutif Operasi Ar Rahnu,” kata Dr Nor Aieni. 

Beliau berkata,penyerahan bantuan pendidikan Dana Inspirasi Malaysia IPT-YaPEIM adalah sebagai usaha Kerajaan Persekutuan dalam menekankan aspek menyantuni dan memberi kesejahteraan hidup kepada masyarakat.


Pegawai-pegawai kanan UMT yang hadir pada majlis penyerahan dana dan pelancaran Buku Ulul Albab di UMT.


Beliau turut berterima kasih kepada Menteri berkenaan atas inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. 

“Pihak kami berbesar hati kerana terpilih sebagai penerima Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia IPT, (YaPEIM) sebanyak RM340,000. kepada 680 orang pelajar yang terpilih dan penerima bantuan ini akan menerima RM500 seorang,” kata Dr Nor Aieni. 


Ketibaan Dr Zulkifli disambut oleh pegawai-pegawai kanan UMT


Sempena majlis penyerahan dana tersebut Dr Zulkifli turut melancarkan buku “Ulul Albab Menyingkap Keajaiban Islam”. 

Buku tersebut mengetengahkan hasil kajian saintifik melalui sembilan artikel berkaitan keajaiban Islam yang dilaksanakan oleh 23 orang penyelidik Universiti di seluruh Malaysia. Pelbagai penemuan telah dapat membuka minda para pembaca khususnya dalam bidang teknologi pemakanan, kesihatan, genetik dan penternakan binatang.

Program yang dijalankan di Studio Al-Quran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT ini turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM,  Datuk  Mohd Redza Shah Abdul Wahid. - KitaReporters

You will be interested

Trend era digital, maya! UniSZA bina Studio al-Quran yang pertama! Untuk perkasa PdP hafazan

UniSZA mengorak langkah perkasakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam aspek pembacaan dan hafazan al-Quran dengan bangunkan Studio al-Quran yang pertama

Mohammad Ishak in Menara Gading 3 weeks ago

Video| Kena patuhi SOP! Pelajar UUM tak dihalang anjur program bersemuka masa PKP - Dr Hendrik

Sejak PKP diumumkan pada 2020, pelajar UUM tak dihalang untuk jalankan aktiviti mereka namun perlu patuhi SOP yang ditetapkan - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 2 days ago

Program Hero Komuniti Perdana! Sukarelawan UniSZA turun padang bantu mangsa banjir di Kemaman

Program Hero Komuniti Perdana UniSZA sebagai satu inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik telah digerakkan untuk bantu mangsa-mangsa banjir
Mohammad Ishak in Menara Gading 1 week ago

Video| Cabaran COVID-19 di UUM! Berjaya tangani berkat sabar, saling membantu pelajar, warga!

Ketelusan serta sikap sabar dan bersedia bantu ketika pandemik COVID-19 pada 2020 dalam kalangan pelajar dan staf jadi punca bagi UUM berjaya hadapi wabak itu
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 1 week ago

Video| Tingkatkan mutu bola sepak! UniSZA jalin kerjasama dengan kelab Terengganu Football Club

UniSZA jadi institusi pendidikan tinggi pertama di Terengganu jalinkan kerjasama dengan Terengganu Football Club (TFC) bagi tingkatkan mutu bola sepak negeri
Mohammad Ishak in Menara Gading 2 weeks ago